Wednesday, May 7, 2025

046 anak pertama

anak adalah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang telah mengikat hidup melalui perkahwinan yang suci dan sah. walaubagaimanapun, kita sebagai insan perlu sedar bahawa ia tertakluk kepada perkenan Allah Al-Wahhab.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

hari ni, tepatnya jam 11:10am, puteri sulungku selamat dilahirkan secara normal tanpa ditemani suamiku kerana urusan kerja dan jarak yang tak mengizikannya berada di sisiku. jika tak silap ingatanku, daku dihantar ke hospital kerajaan (HTAA, Kuantan, Pahang) oleh ayahku sebelum subuh kerana telah ada tanda darah namun belum masa melahirkan kerana kontraksi yang dirasakan belum sangat menyakitkan. ternyata memoriku telah banyak luntur. yang kuingat hanyalah semasa di labour room, ramai doktor pelatih lelaki berada di ruanganku. sedih dan malu. hanya seorang doktor pelatih perempuan yang berada di sisiku. dialah yang menyambut kelahiran anak sulungku bersama misi bidan hospital. di mana agaknya doktor tersebut sekarang. moga dia terus baik dan dalam keadaan yang baik2 hendaknya.

daku akhiri hantaran hari ni dengan doa dan harapan agar semua tujuh orang anak-anakku dianugerahkan syurga Ilahi. khusus buat anakku fahimah humaira, SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-17. tahniah telah menjadi anak abi umi yang baik, bijak, berani, bertanggungjawab dan tabah. mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan umi dan abi sepanjang membesarkan kakak. hakikatnya Allah yang membesarkan kakak. berterima kasih kepada Allah SWT. banyakkan istighfar dan selawat serta jagalah hafalan al-quran dengan sebaiknya. jadilah contoh tauladan yang baik kepada adik2 kakak. last but not least, selamat maju jaya dengan cemerlang buat kakak untuk SPM yang akan datang. daku juga ucapkan terima kasih kepada follower dan commenter dan kepada kalian yang lain daku jemput akan dikau semua sudilah juga kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank youfi hifzillah.