Friday, September 30, 2016

010 Pejam Celik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap ciptaan Allah bergerak mengikut perintah Sang Pencipta. Namun manusia yang dikurniakan akal seringkali tewas dengan tipu daya syaitan serta kehendak nafsu. Moga Allah melindungi kita dari bahaya tipu daya ini dan bahaya yang lebih mengerikan iaitu agenda dan fitnah sang dajjal.

Masa yang berdetik terlalu pantas. Sehingga tidak sedar bahawa pejam celik mata saban hari telah membawa kita ke penghujung 2016 masihi serta membawa juga kita ke awal tahun 1438 hijrah. Sudahkah kita muhasabah diri kita? Apa amalan kita di dunia yang boleh menjadi bekalan kita ke akhirat sana? Adakah pengakhiran destinasi kita ke syurga atau ke neraka?

Oleh itu, marilah kita sama-sama koreksi diri serta mempersiapkan diri untuk berdepan dengan cabaran dunia akhir zaman dengan memastikan kita melaksanakan perintah Al-Khaliq dengan bersungguh-sungguh. Masa tidak menunggu kita. Kita yang harus mengejarnya dan bergerak seiring dengannya.

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia!

Monday, September 26, 2016

009 Taqdir Rezeki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rezeki didambakan oleh setiap makhluk. Rezeki ada dalam pelbagai bentuk. Nikmat adalah rezeki. Musibah juga boleh menjadi rezeki.

Dalam dunia perniagaan, rezeki akan hadir bila ada masalah. Masalah yang bagaimana? Masalah berkaitan permintaan masyarakat. Bagaimana tu? Saya tak mampu nak jelaskan sebab saya baru saja mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. InsyaAllah, suatu masa yang telah ditentukan Allah, mungkin saya akan kongsikan. Sementara tu, rakan pembaca bolehlah membuat pencarian dan penyelidikan berkaitan isu yang dinyatakan.

Berbicara soal rezeki, Alhamdulillah, perniagaan pertama yang berjaya saya realisasikan ialah menolong menjual buku bagi pihak orang lain. Bila Allah nak bagi, tiada apa yang dapat menghalang. :)

Teruskan meminta dan mengharap kepada Ar-Razzaq (Yang Memberi Rezeki)

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia!
 

Sunday, September 25, 2016

008 Nikmat dan Musibah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengertian Nikmat ialah segala bentuk kesenangan, keselesaan dan memenuhi keperluan manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, keselamatan dan keamanan.

Pengertian Musibah ialah semua bentuk kesusahan, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh manusia seperti kelaparan, kekurangan, kesakitan, penderitaan dan kematian.

Mukmin yang berjaya ialah mereka yang bersyukur tatkala menerima nikmat serta menghargainya dan bersabar tatkala menempuh musibah serta berusaha mengatasinya tanpa putus asa.

Jangan pernah leka! Bisa saja nikmat itu bertukar musibah dan begitulah sebaliknya. :)

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia

Monday, September 19, 2016

007 Allah yang Memberi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

erti hidup dengan memberi. bila kita memberi, yang Maha Memberi akan beri lebih lagi kepada kita. infiniti jumlahnya, pelbagai bentuknya.

jangan pernah takut atau bimbang untuk memberi :)

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia

Sunday, September 18, 2016

006 Allah yang Menentukan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pejam celik pejam celik, separuh september telah ditempuhi. perancangan demi perancangan telah dibuat dengan rapi namun ada antara perancangan tersebut belum berjaya dilunasi.

benarlah kita hanya mampu merancang. Allah juga yang menentukan. teruskan berusaha, bersabar dan bertawakkal.

Saya Kaya Berjaya Bahagia

Saturday, September 17, 2016

005 Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Salam Satu Malaysia

Nikmat kemerdekaan dan kesatuan yang dikecapi haruslah kita hargai
Jangan sesekali dinodai dengan kebencian dan kezaliman
Selamat meraikan Hari Malaysia buat seluruh warga Malaysia

Friday, September 16, 2016

004 Allah yang Menggerakkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Justeru setiap detik yang diamanahkan perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Meskipun terlalu lama membiarkan blog sepi tanpa untaian kata untuk dikongsi, akhirnya Allah kembali menggerakkan jari jemari ini untuk menaip kalimat dari hati dan akal dengan harapan boleh menjadi inspirasi kepada pengunjung blog ini.

Terlalu banyak perancangan berdasarkan keinginan namun satu pun belum dilaksanakan. Akhirnya, salah satu keinginan daripada barisan keinginan yang disenaraikan telah mula diambil tindakan.

Moga perancangan ini mendapat kejayaan dengan diiringi barokah dari Ilahi.
Agen dropship: G-Star Kids IQ Booster 013-9137949

Wednesday, September 14, 2016

003 Kemerdekaan dan Pengorbanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

59 tahun negara kita mengecap kemerdekaan namun kita sebagai rakyatnya telah hanyut dalam arus kemerdekaan sehingga terlupa hakikat kemerdekaan tersebut. Hakikat kemerdekaan menurut Islam adalah merdekanya kita daripada kemurkaan Allah dan keruntuhan akhlak serta kemusnahan sosial. Manakala kemerdekaan dari sudut kenegaraan kita sendiri adalah kehidupan yang aman harmoni tanpa dendam dan persengketaan serta terputusnya silaturahim apatah lagi dalam kalangan keluarga.

Aidiladha pula mendidik kita tentang erti pengorbanan. Ibadah haji dan sembelihan korban yang dilaksanakan bukan sekadar ritual umat Islam namun mengandung hikmah yang sangat besar untuk kita jadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan. Menyembelih kejahatan dan keegoan melampau yang hidup subur dalam jiwa kita adalah simbolik daripada ibadah sembelihan korban yang telah disyariatkan oleh Allah Yang Maha Esa.

Semoga Kemerdekaan dan Aidiladha yang dianugerahkan Allah kepada kita dapat dihayati dengan sebaiknya sebelum kembalinya kita menghadap Ilahi.