akhirnya sampai masa yang telah sekian lama daku nantikan sejak 2012. assalamualaikum. hai. bertemu kembali. kali ni daku kongsikan kisahku yang akan menjadi nostalgia dalam lipatan sejarah hidupku. daku kongsikan teks ucapan daku. 👇
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
salam sejahtera
auzubillahi minasy syaitonir rojim
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillahi rabbil alamin
wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin
wa ala alihi wasohbihi ajmain
rabbisyrahli sodri wayassirli amri
wahlul uqdatam minlisani yafqahu qauli
rabbana zidna ilman nafi'a warzuqna fahman wasi'a
Terima kasih kepada juru acara majlis,
Yang berusaha Penolong
Kanan Pentadbiran,
Pn Hjh Sharifah binti Sharif,
Yang berbahagia Datuk Saharudin bin Zainal Abidin, YDP PIBG
Yang dihormati Barisan Pentadbir, kaunselor, rakan-rakan guru, rakan-rakan anggota kumpulan pelaksana, pekerja-pekerja sekolah, barisan pemimpin muda sekolah, team teknikal sekolah dan
murid-murid serta hadirin yang dikasihi sekalian. Tidak dilupakan rakan guru yang turut diraikan sempena persaraan beliau iaitu Pn Hjh Najmah binti Ahmad Tarmidzi.
Syukur yang tidak terhingga ke hadrat
Ilahi atas segala kurniaan dan nikmatNya dan juga atas segala dugaan dan musibahNya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa majlis atas komitmen untuk menjayakan majlis
ini. pentas dan banner yang simple, sweet, indah. kad jemputan dan buku program yang comel. montaj yang tepat dan menarik. makanan yang menyelerakan. sempurna semuanya.
Pada hari ini tanggal 17 Januari 2025 bersamaan
17 Rejab 1446 di hari Jumaat sayyidul ayyam yang penuh dengan kemuliaan dan
keberkatan menjadi hari paling nostalgia dalam lipatan sejarah hidup saya yang telah berkhidmat sebagai guru selama lebih kurang 16 tahun sejak 2008 dan ditempatkan di 3 buah sekolah sebagai tempat melaksanakan amanah. Pelbagai kenangan suka duka telah dilalui sepanjang tempoh ni. Perkhidmatan di sekolah ketiga iaitu SMK KHIR JOHARI bermula pada tahun 2014. Pada
hari ini saya diraikan oleh semua warga SMK KHIR JOHARI baik secara
langsung mahupun tidak langsung sempena tamatnya perkhidmatan saya di sekolah
ini. Tidak pernah saya menyangka bahawa beginilah suasananya hari terakhir saya
menyandang tugas sebagai penjawat awam bergelar guru. Untuk makluman, saya bukan bersara sebaliknya saya memilih untuk berhenti atau bahasa formalnya meletakkan jawatan dan secara rasminya pada 1 februari 2025 nanti saya tidak lagi bergelar guru sekolah kerajaan.
Saya tidak ingin melengahkan masa. Saya juga tidak dapat berkongsi cerita. Biarpun kalian terkejut, namun inilah keputusan yang telah muktamad. Justeru saya mengambil kesempatan di hari ini untuk memohon maaf kepada seluruh warga KJORIAN atas segala salah dan silap saya sepanjang berada di sekolah ini terutama kepada rakan guru, rakan panitia, anak2 murid yang pernah diajar secara langsung (1AA, 1KSN, 1RL, 2AA, 3AA, exAA dan exBAA) dan tidak langsung (random student). Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan kefahaman terhadap diri dan situasi yang saya hadapi. Saya doakan seluruh warga KJORIAN sentiasa dalam rahmat dan inayah Allah, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala hajat, diberikan kejayaan, dilimpahkan rezeki yang berkat dan berterusan serta selamat di dunia dan di akhirat.
Untuk ingatan bersama, dalam suka ria tawa duka kita menjalani hidup, selalulah mengingati Allah swt, mengamalkan sunnah baginda Nabi Muhammad saw, saling membantu dan mendoakan sesama kita serta saudara2 kita yang dalam kesulitan dan kedukaan di seluruh dunia khususnya di Palestin dan Syria, berbakti kepada ibu bapa dan keluarga, menghargai guru, memelihara ukhwah dan silaturahim, menjaga dan membela negara Malaysia yang tercinta serta memastikan kesihatan dan keselamatan diri dalam keadaan baik. elakkan makanan, hisapan dan suntikan berbahaya termasuk penggunaan gajet mengikut nafsu dan tanpa had masa.
akhir kalam, segala yang baik datang dari Allah segala yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. sekian.
wabillahi taufik wal hidayah. wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
sebenarnya posting teks ni daku edit setelah tamat majlis perpisahan daku pada hari ni. teks yang daku kongsikan ni bukan teks asalku di atas pentas. daku merasa spoil ketika berucap dalam majlis kerana ucapanku tidak seperti yang daku karangkan. ada juga yang daku kesalkan. apapun, begitulah teks ucapan yang telah daku olah dan jauh lebih baik, ringkas dan padat daripada teks asal yang jauh lebih panjang, agak merapu, tidak tersusun dan membosankan. bagi daku benarlah bahawa, bicara tulisanku lebih bagus daripada bicara lisanku. oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.