Tuesday, April 15, 2025

045 sampai bila

mereka insan pilihan tuhan yang sesungguhnya. bukan mereka yang satu lagi tu. sungguh perasan dan tak tahu malu.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

Allah kejutkan daku pagi ni. harapan daku kain2 yang telah lebih seminggu berlonggok dapat diselesaikan. sambil menguruskan kain, daku pasang komputer dengar youtube pov denzel washington.

daku tergerak untuk menulis@menaip di blog ku ini. daku cuba secepatnya mengarang hantaran pada kali ini. dalam kesedaranku, hakikatnya daku sendiri belum arif secukupnya tentang palestin. namun apa yang daku dengar dan lihat sekian lama, sesungguhnya orang2 palestin memang orang pilihan tuhan untuk berdepan dengan makhluk jahat israhell.

di sebalik kesusahan dan kesakitan yang sekian lama mereka alami, ada pelajaran dan petanda besar daripada Ilahi Rabbi.

rujukan di pautan >>

They Called Palestinians Terrorist - but what i saw made me a muslim | Denzel Washington

https://youtu.be/sB0GnVWWp2k?si=mRm_eBiUrCM_OY9A

"Victory Is Near: The Spirit of Palestine Lives On" | Omar Suleiman

https://youtu.be/lpU3tGIeFng?si=R0NCVUFcvq1jBLXJ

daku akhiri hantaran hari ni dengan doa dan harapan agar rakyat palestin terus diberi kekuatan, diberikan gantian jannatul firdaus, sekalian penghuni dunia dibukakan mata hati untuk melihat kebenaran dan menerima mesej Tuhan untuk kembali tunduk akur kepadaNya. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.


Thursday, April 3, 2025

044 hari kemenangan

hari ni dah 4 Syawal 1446 hari Khamis. ada yang dah mula berpuasa sunat syawal. ada juga yang dah mula ganti puasa. yang pasti ramai yang dah mula kembali bekerja kecuali kebanyakan warga guru sekolah dan anak murid.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

daku telah selamat kembali ke sarang. namun raya kali ni hati ku koyak rabak. hanya Allah yang tahu. betullah bait lagu yang menyatakan dalam kita gembira jangan lupa yang tiada. yang tiada maksudnya yang kurang kemampuan mahupun orang yang sedang berduka lara bahkan orang yang telah kehilangan tempat bergantung hidup kasih dan sayang. 

raya pertama daku menziarahi pusara tok dan nek dan pakcik makcik daku. cukup menyiat hatiku. terasa rindu kepada mereka walau ada antara mereka yang tidakla sangat rapat denganku. melihat kuburan yang lain turut mengetuk hatiku untuk mengambil ibrah dan membuat persediaan untuk kematianku kelak.

ibrah kedua adalah berkaitan rantaian keluarga ku sendiri. ada yang berada dalam kesulitan dan kedoifan. sakit akibat cocok badsin, sakit akibat tua bahkan telah nyanyuk, agak jauh daripada sentuhan Tuhan. apapun kesalahan mereka di masa lalu atau yang sedang berjalan bukanlah tiket untuk daku palau, benci mahupun judging. kehidupan yang mereka lalui adalah pelajaran besar dalam daku mencipta kisah perjalanan hidupku ke hari muka.

ibrah ketiga berkaitan negaraku Malaysia dikejutkan dengan kebakaran dahsyat di Putra Heights, Puchong akibat letupan saluran gas. ramai mangsa yang terkesan kehilangan harta benda dan mengalami kecederaan dalam keadaan umat Islam sedang meraikan hari kemenangan dan kejayaan melaksanakan perintah Allah dan sunnah RasulNya serta melawan kehendak nafsu sendiri tanpa gangguan syaitan yang dirantai.

rujukan di pautan >>

Hampir 200 Rumah Rosak Akibat Kebakaran
Saluran Paip Gas Petronas Di Putra Heights

https://youtu.be/dlFQ88JgarU?si=5agAjItSDzJPEw5Z

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. Salam Idul Fitri walfaizin 4 Syawal 1446H. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.