Wednesday, July 9, 2025

050 Utusan Allah

Allahu akbar walillahilhamd.. Alhamdulillah wa syukru lillah.. Syukur masih hidup hari ni dan dapat mengikuti penerangan ilmu melalui youtube.

Assalamualaikum. Hai. Bertemu kembali. Alhamdulillah ala kulli hal. Hari ni Allah kejutkan daku lebih awal. Meskipun awal namun terasa sangat cepat masa berlalu. Takpelah. Urusan masa adalah urusan Allah. Daku as usual choose just to follow the flow. Cuma daku sangat berharap agar pagi ini dan sepanjang hari ini daku berada dalam kesedaran ketuhanan. Kesedaran ni tak mudah untuk dicapai. Perlukan latihan. Moga mendapat pertolongan dan keizinan Allah Al-Wakeel.

Alkisah untuk dikongsikan dalam penulisan (taipan) pada hari ni ialah Allah mengizinkan daku untuk menelusuri tentang 25 orang utusanNya daripada 124000 orang. Daku save video ni untuk ditonton kemudian dan pada pagi ni sebenarnya daku nak tadabbur Al-Quran secara khusus tapi akhirnya Allah izinkan daku tadabbur secara tak langsung via video yang daku tonton ni. Daku menyesal sangat sebab selama hari ni daku sekadar baca Al-Quran dan terjemahan tanpa menghayatinya. Masih terlalu banyak yang daku tak tahu dan ada antaranya yang daku tak perasan. Allahu Rabbi. Terima kasih kerana bagi peluang kepadaku untuk menyelami kalam-Mu.

Daku kongsikan pautan video yang daku tonton ye agar kita sama2 dapat manfaat. Jadi, sebagai penutup daku kongsikan my learning point. Usaha setiap para Nabi dan Rasul adalah sangat tidak mudah. Jadi kita kena tunduk dan patuh dalam mengikuti ajaran mereka khususnya nabi kita Nabi Muhammad SAW kerana hakikatnya ajaran mereka adalah perintah daripada Allah SWT ke atas diri kita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini sebelum kita kembali mengadap Allah Yang Esa.

rujukan di pautan >>

25 Prophets in the Quran | Islamic Life Stories
https://www.youtube.com/watch?v=YSp1Aq2iF5E

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. feel free to follow and leave any comments#PalestinAkanBebasIslamPastiBangkitBerkuasa

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank youfi hifzillah.

Wednesday, July 2, 2025

049 Masa Terus Berjalan

Allahu akbar walillahilhamd.. Alhamdulillah wa syukru lillah.. Syukur masih hidup hari ni dan dapat merealisasikan apa yang telah dirancang meski tak semua yang disenaraikan dapat dilaksanakan.

Assalamualaikum. Hai. Bertemu kembali. Alhamdulillah ala kulli hal. Hari ni sedar lewat. Sekitar 5:45. Rancangan semalam tak terlaksana. Tak apa. lek lek je. Kita merancang sedangkan Allah adalah sebaik2 perancang. Memang daku ada kekecewaan yang sangat tinggi namun daku pili untuk just follow the flow

Alkisah untuk dikongsikan dalam penulisan (taipan) pada hari ni bermula dengan → Bangun tidur tenang namun saat nak keluar rumah tiba2 jadi ribut. Dah biasa tapi daku tak suka. Ribut bermula dengan sikap si bongsu diikuti si enam, si lima dan si empat. hmmm. Maka membebellah daku dalam car. Tapi daku bebel tak kosong. 6:45 hingga 7:10 setel drop anak2 ( si lima, si empat, si tiga) kemudian sambung perjalanan untuk hantar si enam. Dalam perjalanan, buka radio dan daku sangkut dengan lagu 'Tua Mengejar Kita' nyanyian Fauziah Latif. Lirik lagunya juga ada dalam link yang daku share di bawah ↓.

Done hantar anak2, daku tiba di rumah sekitar 7:35 dan terus clearkan pokok reput, jalan2 di taman permainan kawasan perumahan daku sambil temankan si bongsu bermain. Kemudian daku masuk rumah untuk teruskan senaman indoor. Done tapi sayangnya tersangkut dengan komputer tepatnya youtube. "Penyakit" yang masih daku cuba untuk atasi. huhuhu.

Anyway, berdasarkan tajuk hantaran hari ni dan lagu yang kutersangkutkan, my learning point is, daku dah cukup lama berada di dunia ni dan masaku semakin singkat. Masa Terus Berjalan. Daku dah tak boleh berlengah. Sekadar mendengar perkongsian ilmu motivasi dan inspirasi tak memadai. Action! Itu yang daku kena segerakan. Bukan daku tak ambil action tapi tersangat slow. Rasa down tapi daku takleh give up. Tambahan daku muslimah mukminah. Daku kena tabah. Rutin harian menulis list to do sejak sekian lama masih kuteruskan. Daku tersenyum puas bila perkara yang disenaraikan dapat dibereskan. Perkara yang gagal dibereskan daku masukkan ke dalam next day list to do. Kadang2 dalam sehari daku akan rewrite list to do tanpa perlu menunggu next day sebab masa kan berjalan. Masa tak tunggu kita jadi kita yang kena follow dia rapat2.

Spill sikit to do list hari ni:

hantar ambil anak2 sekolah

kemas laman rumah

berjalan di taman

bersenam di rumah

mengaji time

komputer time

memasak dan mengemas dapur

(membasuh menjemur menggosok mengangkat melipat menyimpan) pakaian

dan banyak lagi... hohoho

rujukan di pautan >>

Tua Mengejar Kita - Fauziah Latif - Popye Music Youtube Channel

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. feel free to follow and leave any comments#PalestinAkanBebasIslamPastiBangkitBerkuasa

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank youfi hifzillah.