Saturday, December 12, 2020

Wednesday, November 4, 2020

Thursday, November 10, 2016

Aku dan Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku Dan Hati:

Untuk Perkongsian Bersama, Cara-cara Merawat Hati:

1. Membaca Surah Yasin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yasin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati.

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatat Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun
Pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, Selepas itu surah Al-Ikhlas

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innii a’uzu bika minal hammi wal hazan, wa a’uzu bika minal ajzi wal kasal, wa a’uzu bika minal jubni wal bukhli, wa a’uzu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)

3. Banyakkan Istighfar dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
      * Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta dan kecewa.

Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah Maha Mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d: 28 )

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah: 40 )

#pujukhati
#copypaste

Semoga hidup kita dilimpahi rahmah dan barakah Ilahi.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!

Hidayah: 013-9137949

 

Thursday, November 3, 2016

7K+

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kecintaan, Kekasih, Kesayangan, Kesatuan, Kesetiaan, Kebertanggungjawaban, Kebahagiaan

Bahasa Melayu penuh keindahan dan pengertian. Bangsa Melayu telah dianugerahkan Allah dengan kelebihan bahasa serta adat budaya yang mulia. Jika anugerah ini tidak dipelihara maka hilanglah Melayu di dunia. Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan peradaban Islam. Semoga Bangsa Melayu terus berada dalam rahmat dan peliharaan Allah di samping menjalin silaturahim dan ukhwah dengan bangsa-bangsa lain di dunia khususnya bangsa-bangsa lain yang beragama Islam kerana hakikatnya seluruh bangsa di dunia adalah bersaudara atas Islam.

Mukadimah yang dinyatakan di atas adalah lahir dari hati yang mensyukuri nikmat Islam yang Allah anugerahkan kepada Bangsa Melayu. Perkara pokok yang ingin dinyatakan dalam entri pada kali ini ialah berkenaan tujuh daripada banyak kalimah Bahasa Melayu yang sangat penting dalam kehidupan manusia:

1) Kecintaan
2) Kekasih
3) Kesayangan
4) Kesatuan
5) Kesetiaan + Kejujuran + Kepercayaan + Keikhlasan + Keimanan + Ketaqwaan
6) Kebertanggungjawaban
7) Kebahagiaan

Bagi mereka yang mementingkan kehidupan berkualiti di dunia sehingga ke akhirat, kalimah-kalimah ini sangat penting untuk difahami dan direalisasikan dalam kehidupan apatah lagi bagi umat muslim. Islam adalah agama cinta kasih sayang yang perlu disatukan serta diperisakan dengan kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan, keimanan, ketaqwaan dan kebertanggungjawaban hanya kerana Allah SWT serta dengan niat menghidupkan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Panduannya tidak lain adalah Al-Quran dan Hadis serta panduan daripada ulama' yang mursyid serta umara' yang soleh. Dengan demikian terhasillah kebahagiaan.

Kefahaman setiap individu mungkin berbeza namun hasilnya InsyaAllah sama. Seluruh manusia di dunia ini, baik muslim mahupun non-muslim mendambakan kebahagiaan. Hanya jalan untuk mendapatkan kebahagiaan itu yang pastinya berbeza.

Untuk mendapatkan kebahagiaan, ada di kalangan kita yang perlu menempuh onak duri yang menyakitkan atau ombak badai yang melemaskan, Namun, percayalah setelah pergi kesukaran itu, sinar mentari dan pelangi indah akan muncul menghiasi kehidupan. Keindahan bungaan dan kemerduan unggas akan mendamaikan perasaan dan fikiran. Yakinlah pada janji Allah.

Sesungguhnya Cinta Teragung hanyalah cinta kepada-Nya dan cinta kepada kekasih-Nya nabi kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat 7K+ yang diimpikan. Mulakan dengan mencintai insyaAllah akan dicintai. Belajar juga untuk menghargai dan mensyukuri apa yang diberi. Janganlah tamak mengejar cinta yang tak pasti sehingga cinta yang telah ada keciciran dan menderita.

Semoga hidup kita dilimpahi rahmah dan barakah Ilahi.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!

Hidayah: 013-9137949




Thursday, October 27, 2016

Bos Teragung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini cerita betul, bukan mitos. Cerita dongeng ke apa. Saya suami isteri kahwin muda lepas belajar. Lepas kahwin 'kosong', duit zero. Kawan-kawan lain kerja, kami taknak kerja. Nak berniaga. Kami naik sampai sekarang dengan berpaksikan hidup nak berubah demi Allah. Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah, rumah selesa, ada kereta selesa, makan mewah, ade duit simpanan boleh kata banyak juga. Kiranya kekadang tak tahu macam mana boleh senang macam sekarang. Kita kekadang lupa Allah ada. Banyak cara sebenarnya dia boleh tolong kita kalau kita minta pada Dia. Kalau minta pada manusia siapa nak layan.

Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat-ayat semua, kena baca balik buku cara-cara solat, perlahan-perlahan solat, tak boleh tinggal, kena sungguh-sungguh taubat. Suami hari-hari solat dhuha, yang mana saya tak mampu yang tu. Setiap pagi dia akan solat dhuha, tak boleh tinggal kata dia solat dhuha tu wajib buat. Sebab kita tak ada bos. Bos kita Allah. Jadi kena presentation lebih kt Allah.



Dulu orang gelak kami berniaga online, sekarang Alhamdulillah ramai kawan-kawan dan keluarga nak berniaga juga.


Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha, 20% tawakal. Tapi sebenarnya = 80% tawakal, 20% usaha. Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up malam, kena usaha. Solat tak payah. Apa ada dengan solat dapat juga A. > ayat seorang jahil. Astaghfirullah.

Saya bercakap jujur dengan pengalaman sendiri.

Sila amalkan ini:

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah


✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah. Call mak setiap hari. Minta maaf dengan mak. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat.

✅ Nak rezeki melimpah ruah. Buka tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak


**pergi pejabat zakat berdekatan. Tanya terus dengan mereka macam mana nak buka tabung-tabung ni**

✅ Ramai yang sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada di masjid!


2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bg salam..


✅ Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten.
- Buat presentation dengan Allah di waktu satu per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang tak nak kita akan frust kecewa! Tapi present plan pada Allah, kita takkan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak. Apa yang kita impikan. Apa yang kita nak capai dalam hidup! Biar jelas. Kalau nak jadi jutawan, doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.
- Minta semua pada Allah. Nak pakai Ferrari. Nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah bunglo. Impian kena jelas! Minta semua pada Allah. Minta yang besar-besar terus sebab Allah Maha Kaya Maha Pemurah!


✅ Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah dan ujian yang Allah bagi. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar. Redhakan semua tu. Belajar redha. Sebab ada seorang peserta tu, adik dia pinjam RM98 ribu dah bertahun-tahun tak bayar. Pastu dia belajar redha. Tak sampai seminggu Allah balas balik. Dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes.

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan. Contohnya:


Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macam ni dengan penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain-lain.


Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal


9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan. Buat setiap hari. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih, Baca Quran. Kalau sakit, Baca Quran.


6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100x setiap hari. Lagi bagus setiap solat 100x. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000x zikir..


7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk. Kalau masalah kentut. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang. Hehe! Contohnya, dalam wuduk kemudian pergi jumpa client. Pastu terkentut. Janganlah pergi ambik wuduk pulak. Lepas dah jumpa client barulah ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan. Bg kelonggaran pada diri. Jgn berubah secara drastik.


✅ Latih diri MEMBERI di waktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Minta maaf pada mak jika ada salah.. Maafkan mak jika mak ada salah.. Minta mak redhakan semua yang kita buat.. Pastu bayangkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak-anak.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luar biasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...

Salam...

PERKONGSIAN SAHABAT FB.. 
SAMA-SAMA KITA JAGA CONNECTION DENGAN ALLAH.. NIAT APA SAHAJA YANG BAIK.. KERANA ALLAH TAALA.. ❤❤❤

#copypaste

Sunday, October 23, 2016

Keberkatan Hidup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap makhluk yang bernama manusia mempunyai harapan. Harapan untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki bukan sekadar dalam bentuk material bahkan segala perkara dalam bentuk kesenangan, kebahagiaan, keselamatan, memiliki keluarga yang sakinah dan banyak lagi.

Namun, dalam usaha mendapatkan rezeki manusia sering alpa bahkan tewas dalam usaha untuk meraih keberkatan daripada rezeki yang dikurniakan oleh Ilahi. Kesannya, meskipun telah mendapatkan rezeki yang diinginkan, hati tetap tidak puas. Ada pula situasi bimbang, resah dan ketakutan akan kekurangan bahkan kehilangan rezeki yang telah dimiliki.

Apa puncanya? Mari sama-sama renungkan dan muhasabah kembali diri kita. Apakah kita sudah menunaikan hak Allah SWT, hak Rasulullah SAW, hak Islam, hak manusia di sekeliling kita khususnya keluarga kita (Ibu, Ayah, Isteri, Anak2, Saudara2) dan lain-lain (Guru2, Sahabat2, Jiran2 dll)?

Justeru, di sini dikongsikan tips meraih keberkatan hidup melalui rezeki yang dikurniakan:
1) Tawakkal kepada Allah
2) Perbanyakkan Sedekah
3) Perbanyakkan Istighfar
4) Pastikan Ikhlas
5) Pastikan Halal
6) Memelihara Silaturahim
7) Bersyukur

Semoga hidup kita dilimpahi rahmah dan barakah Ilahi.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!




Thursday, October 13, 2016

Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masa terus berganti. Umur bertambah. Hayat berkurang. Namun hidup perlu diteruskan.

Alhamdulillah. Pejam celik Allah izinkan lagi diriku untuk hidup di bumi yang fana' ini. Hari ni dah 13 hari daku bernafas dalam Tahun Baru Hijrah. Azam? hmmmm. Terasa agak perlahan pelaksanaan perancangan perjalanan hidupku. Pelbagai dugaan menerpa membuatkan momentum menjadi tidak stabil. Apapun, daku harus tabah dan sabar kerana dugaan ini pasti beserta ganjaran yang sangat besar. Allah tidak pernah mungkir janji.

Salam Maal Hijrah 1438. Semoga tahun ini dilimpahi rahmah dan barakah.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!