Thursday, November 10, 2016

Aku dan Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku Dan Hati:

Untuk Perkongsian Bersama, Cara-cara Merawat Hati:

1. Membaca Surah Yasin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yasin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati.

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatat Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun
Pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, Selepas itu surah Al-Ikhlas

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innii a’uzu bika minal hammi wal hazan, wa a’uzu bika minal ajzi wal kasal, wa a’uzu bika minal jubni wal bukhli, wa a’uzu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)

3. Banyakkan Istighfar dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
      * Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta dan kecewa.

Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah Maha Mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d: 28 )

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah: 40 )

#pujukhati
#copypaste

Semoga hidup kita dilimpahi rahmah dan barakah Ilahi.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!

Hidayah: 013-9137949

 

0 comments: