Thursday, November 3, 2016

7K+

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kecintaan, Kekasih, Kesayangan, Kesatuan, Kesetiaan, Kebertanggungjawaban, Kebahagiaan

Bahasa Melayu penuh keindahan dan pengertian. Bangsa Melayu telah dianugerahkan Allah dengan kelebihan bahasa serta adat budaya yang mulia. Jika anugerah ini tidak dipelihara maka hilanglah Melayu di dunia. Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan peradaban Islam. Semoga Bangsa Melayu terus berada dalam rahmat dan peliharaan Allah di samping menjalin silaturahim dan ukhwah dengan bangsa-bangsa lain di dunia khususnya bangsa-bangsa lain yang beragama Islam kerana hakikatnya seluruh bangsa di dunia adalah bersaudara atas Islam.

Mukadimah yang dinyatakan di atas adalah lahir dari hati yang mensyukuri nikmat Islam yang Allah anugerahkan kepada Bangsa Melayu. Perkara pokok yang ingin dinyatakan dalam entri pada kali ini ialah berkenaan tujuh daripada banyak kalimah Bahasa Melayu yang sangat penting dalam kehidupan manusia:

1) Kecintaan
2) Kekasih
3) Kesayangan
4) Kesatuan
5) Kesetiaan + Kejujuran + Kepercayaan + Keikhlasan + Keimanan + Ketaqwaan
6) Kebertanggungjawaban
7) Kebahagiaan

Bagi mereka yang mementingkan kehidupan berkualiti di dunia sehingga ke akhirat, kalimah-kalimah ini sangat penting untuk difahami dan direalisasikan dalam kehidupan apatah lagi bagi umat muslim. Islam adalah agama cinta kasih sayang yang perlu disatukan serta diperisakan dengan kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan, keimanan, ketaqwaan dan kebertanggungjawaban hanya kerana Allah SWT serta dengan niat menghidupkan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Panduannya tidak lain adalah Al-Quran dan Hadis serta panduan daripada ulama' yang mursyid serta umara' yang soleh. Dengan demikian terhasillah kebahagiaan.

Kefahaman setiap individu mungkin berbeza namun hasilnya InsyaAllah sama. Seluruh manusia di dunia ini, baik muslim mahupun non-muslim mendambakan kebahagiaan. Hanya jalan untuk mendapatkan kebahagiaan itu yang pastinya berbeza.

Untuk mendapatkan kebahagiaan, ada di kalangan kita yang perlu menempuh onak duri yang menyakitkan atau ombak badai yang melemaskan, Namun, percayalah setelah pergi kesukaran itu, sinar mentari dan pelangi indah akan muncul menghiasi kehidupan. Keindahan bungaan dan kemerduan unggas akan mendamaikan perasaan dan fikiran. Yakinlah pada janji Allah.

Sesungguhnya Cinta Teragung hanyalah cinta kepada-Nya dan cinta kepada kekasih-Nya nabi kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat 7K+ yang diimpikan. Mulakan dengan mencintai insyaAllah akan dicintai. Belajar juga untuk menghargai dan mensyukuri apa yang diberi. Janganlah tamak mengejar cinta yang tak pasti sehingga cinta yang telah ada keciciran dan menderita.

Semoga hidup kita dilimpahi rahmah dan barakah Ilahi.

Hidup untuk memberi manfaat!

Saya dan Anda Kaya Berjaya Bahagia Dunia Akhirat!

Hidayah: 013-9137949




0 comments: