Sunday, September 7, 2025

052 Alhamdulillah Akhirnya Jumpa

Assalamualaikum. hai. bertemu kembali. Alhamdulillah ala kulli hal.

Allahumma solli ala Saidina Muhammad. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447H. Pejam celik pejam celik tup tup dah masuk bulan Rabiul Awwal. Bulan yang telah mendapat kemuliaan asbab kelahiran insan istimewa lagi mulia iaitu nabi kita Nabi Muhammad SAW. Maulidur Rasul pada tahun ini sangat istimewa kerana jatuh pada hari yang Jumaat Penghulu segala hari yang bertarikh 050925 bersamaan 120347. Didoakan kelak kita semua mendapat syafaat baginda Nabi Muhammad SAW. Jadi, teruskan berselawat ke atas baginda. Ok.

Hari ni, daku nak share berita gembira berkaitan rezeki yang kuterima. Terima kasih kepada Allah dan terima kasih kepada pengongsi rezeki berkenaan. Bermula dengan langkah daku menyertai kelas Tuan Wan Muhd Ali secara berbayar yang sangat berbaloi menggunakan Wordpress diikuti carian di Youtube telah menemukan daku dengan channel yang mengajar cara membina ecommerce online store menggunakan Blogger. Akhirnya daku dapat pelajari cara membina bisnes website ku sendiri.

rujukan di pautan >>

How to make a Free E-commerce Website with Blogger

https://youtu.be/d6IZyJNXIKs?si=HNc7J2AbcLCKELjL

Create Free Ecommerce Online Store with Blogger in 2025

https://youtu.be/JkoPDNxdkxg?si=JcEh-iseK0JCrFuV

How to create Ecommerce Store on Blogger having COD, Bank Transfer and Pay TM

https://youtu.be/OHt3Vu0LV8o?si=dNnjvqA6rK9WDmL6

Daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah dan terima kasih juga kalian semua. Sekali lagi kuucapkan buat seluruh umat Islam di seluruh dunia Salam Maulidur Rasul 1447H
#sumudflotillanusantarapecahkankepunganterhadappalestin. feel free to follow and leave any comments.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank youfi hifzillah.