assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. nampak muda itu bonus. kebanyakan orang yang jumpa denganku akan mengatakan daku nampak muda. daku jadi pelik. betul ke mata depe ni. daku ni sekian banyak masalah menumpuk dalam diri tapi orang nampak daku muda. alhamdulillah. tapi ada je yang tegur, "eh dah lain. nampak dah perubahan pada wajah". daku tak tersinggung. daku sedar hakikat kehidupan. muda akan tua sebagaimana hidup akan mati akhirnya. apapun, hantaran kali ni daku nak kongsi amalan petua awet muda menurut Islam.
1. Amalan bangun daripada tidur
Pada setiap pagi, sejurus bangun tidur, minum air suam terlebih dahulu. Disarankan untuk kemam air dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali di dalam hati kemudian telan. Air liur di dalam mulut ketika bangun dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi penawar. Boleh juga minum segelas air suam yang dicampur dengan sedikit madu kerana madu juga adalah penawar terbaik pelbagai penyakit.
2. Amalan sebelum mandi dan berus gigi
Pada setiap hari, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan diiringi selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali sebelum mandi dan berus gigi.
3. Amalan ketika mandi
Setiap kali hendak mandi, baca dalam hati surah al-waqiah, juzuk 27, surah 56, ayat 35-38, halaman 535 pada curahan pertama dan bermula daripada kepala.
4. Amalan semasa berdandan
Setiap kali berdandan, bacalah selawat Nabi SAW di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah beserta niat dalam hati. Boleh berniat agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s serta berdoa.
Segala puji-pujian bagi Allah.
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan diriku
maka cantikkanlah juga akhlakku.
Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka.
5. Amalan tampak muda daripada usia sebenar
Setiap kali selepas solat subuh, boleh amalkan membaca surah yusuf, juzuk 12, surah 12, ayat 1-111, halaman 235-248 dan diikuti dengan minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Jangan lupa untuk sentiasa mengukir senyuman sejati asli di wajah.
6. Amalan memotong kuku
Memotong kuku atau rambut harus dilakukan pada hari-hari yang dianjurkan iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Kuku atau rambut yang dipotong atau gugur sebaiknya ditanam.
7. Amalan solat
Solat adalah perkara paling utama yang diwajibkan dalam Islam. Air wuduk yang disapu pada wajah sebanyak lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk membersihkan segala kotoran dan memelihara kesegaran dan kesihatan kulit selanjutnya menyerikan wajah dan juga hati kita.
Selain daripada amalan yang dikongsikan, kita juga perlu memastikan perkara-perkara berikut turut dilaksanakan.
1. Makan mengikut pola pemakanan sihat
2. Minum air putih secukupnya
3. Berpuasa secara rutin
4. Jaga kesihatan fizikal dengan bersenam, berehat, tidur yang cukup
6. Jaga kesihatan mental dan jiwa dengan bersyukur
7. Jaga hubungan dengan Allah dan semua makhlukNya
diolah daripada sumber >>
apapun, di sini tak lupa untuk daku mengucapkan kepada warganegara Malaysia yang berbangsa Cina khususnya rakan2 cinaku Gong Xi Fa Cai (Tahun Ular). semoga tahun baru ini, hubungan kita sebagai warganegara Malaysia akan menjadi lebih baik meskipun kita berbeza agama, bangsa dan budaya.
oklah. daku Hidayah Amin. feel free to leave any comments. sampai jumpa lagi. in sya Allah. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment