Saturday, January 18, 2025

024 terima kasih semua

ungkapan terima kasih adalah satu penghargaan yang sangat besar. lafaz tersebut dapat menundukkan jiwa. la yashkurullah man la yashkurunnas. tidak mensyukuri Allah bagi mereka yang tidak berterima kasih dengan manusia.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. kali ni hantaran daku dengan tujuan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga KJORIAN yang telah meraikan majlis perpisahan daku baik secara langsung mahupun tidak langsung.

perkara yang lebih mengharukan daku ialah yang memberi hadiah dan tidak memberi hadiah. sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. hanya Allah yang dapat membalas kebaikan daripada pemberian tersebut. penuh kereta saga blm daku sampai terpaksa tumpangkan di kereta kawanku untuk dibawa pulang. adapun yang tidak memberi turut kuhargai kerana sesungguhnya daku ada rasa segan untuk terima apa yang diberi. namun jika diberi daku tidak menolak kerana daku yakin hakikatnya sesuatu yang diberi itu, Allah yang beri.

suka daku nak kongsikan firman Allah  yang bermaksud "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. "Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahnmu; Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Baqarah:S2:A27:H46)

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.

1 comment:

Daku Nenek said...

terima kasih sudah baca sila komen