Saturday, August 16, 2025

051 Menulis Dengan Sangkaan


 Alhamdulillah atas nikmat akal yang dikurniakan oleh Allah.

Meniti akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran menuntut kita untuk mempersiapkan hati dan akal. Ia mesti sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dikemaskini dan dibajai agar tetap berada di landasan kebenaran dan keselamatan.

Liku dan onak duri perlu diharungi dengan penuh teliti dan sabar. Kesedaran ketuhanan mendahului kesedaran keakuan atau keegoan.

Antara perkara penting adalah dengan menjaga apa yang dimasukkan ke dalam tubuh badan termasuk minda dan jiwa. Apa yang dilihat didengar dimakan mahupun disuntik ke dalam badan sangat memberi kesan kepada kemenjadian hidup setiap insan.

Mutakhir ini, terlalu sarat berita-berita yang tidak menyenangkan. Daku secara peribadi sedar bahawa taqdir Allah SWT dan peringatan Nabi SAW adalah satu kenyataan yang sangat benar dan tidak dapat disangkal atau dielakkan. Apa yang boleh dibuat ialah kita perlu teruskan buat persiapan semampu kita.

Daku highligt peristiwa berdasarkan sistem yang merunsingkan daku yang bagiku menjadi isyarat jelas dari Ilahi Rabbi:

1. Sistem Agama

- Agama hanya pada nama atau kad pengenalan.

2. Sistem Pendidikan

- Penerapan ilmu agama yang lemah.

- Lebih mementingkan ilmu keduniaan sehingga mengabaikan ilmu agama.

- Budaya Ilmu yang semakin merosot.

3. Sistem Kekeluargaan

- Ibu melahirkan Tuan.

- Ayah yang tidak bertanggungjawab.

- Suami yang dayus.

- Isteri yang nusyuz.

- Anak yang biadap lagi derhaka.

4. Sistem Kesihatan

- Suntikan bahan beracun dan bernajis ke dalam tubuh badan umat Islam namun didakwa selamat.

- Ubatan sintetik yang memberi kesan sampingan jangka panjang.

5. Sistem Kewangan

- Pinjaman dan riba memerangkap ramai umat manusia.

6. Sistem Gaya Hidup

- Akhlak Islam tidak difahami apatah lagi diamalkan.

- Pakaian yang tidak sesuai aturan Tuhan.

- Manusia akhir zaman gagal mengawal emosi (mudah marah atau takut berlebihan).

- Zina, seks bebas, seks luar tabi'i, sumbang mahram, rogol yang sangat menjijikkan.

- LGBTQIA+ yang tumbuh dengan makin subur dalam masyarakat.

- Hiburan yang melampau.

- Pembulian yang berakhir dengan trauma bahkan pembunuhan misalnya kes Adik Zara Qairina.

- Pencerobohan, pencabulan dan kekejaman (genosida) Zio-nis lahanat ke atas Palestin.

7. Sistem Pemerintahan

- Mengabaikan bahkan meninggalkan Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiyah.

8. Sistem Undang-undang

- Mengabaikan Sistem Perundangan Islam.

- Golongan yang berkuasa dan berharta dilindungi.

Penulisan ku bukanlah satu sangkaan liar sebaliknya adalah satu pemerhatian dan pemikiran. Apa yang pasti daku nak selamatkan diriku dan keluargaku serta insan-insan yang mahu selamat di dunia dan akhirat. Kembali kepada Al-Quran. Boleh bermula dengan menyahut cabaran membaca al-Quran terjemahan. In sya Allah, nanti daku akan murnikan hantaran penulisanku ini. Maaf salah silap. Terima kasih kerana sudi membaca. Ingat, membaca jambatan ilmu dan menajamkan akal.

No comments: