Thursday, January 30, 2025

034 kain oh kain

alhamdulillah Allah berikan kain. ketika Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan daripada syurga, maka terlucutlah pakaian syurga kedua-dua insan pertama ciptaanNya. malu sedih tiada terhingga. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak membiarkan begitu sahaja. lalu diberikan pakaian dunia.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. pakaian adalah satu keperluan buat manusia. melindungi tubuh badan daripada aib serta memberikan keselesaan dan keselamatan. sewaktu daku menguruskan kain tepatnya pakaian, ilham datang kepadaku lalu terhasillah hantaranku ini. hantaran yang telah daku sediakan ditunda dahulu. terima kasih ya Allah.

sewaktu sedang melipat, daku melihat kehebatan Allah. daku banyak mengikuti video2 di youtube berkaitan cara melipat dan menyimpan pakaian serta informasi berkaitan kain2 yang lain. sangat memuaskan melihat kreativiti dan kekemasan serta sangat teruja mengetahui pelbagai jenis kain untuk pelbagai tujuan dan kegunaan. tentang melipat pakaian, itulah namanya seni lipatan. tentang menjadikan kain sebagai pakaian dan sebagainya, itulah namanya seni jahitan. ada juga yang dihasilkan secara tenunan, kaitan dan sebagainya. terima kasih ya Allah. terima kasih kepada semua sharer.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.

No comments: