Thursday, January 16, 2025

022 merayau

segala yang ada dalam kotak mindaku berlumba-lumba berpusu-pusu nak dikeluarkan nak diluahkan. namun apa dayaku. daku dan masa tak berapa nak ngam. daku masih berusaha untuk memenangi masa. setidaknya daku harap dapat berjalan seiring dengan masa. jadi, semua dalam kotak minda perlu disusun supaya depe dapat keluar mengikut giliran masing-masing. assalamualaikumbertemu kembali. kali ni daku menulis berkaitan rayauan daku di internet. seingat daku sewaktu kecil atau zaman muda dahulu, daku bukan seorang kaki rayau. tapi kalau daku nak tahu tentang sesuatu maka i go for it tapi dengan memastikan yang aku masih dalam zon selamat. daku bukan la super berani. zaman berubah, teknologi komputer telah berkembang, internet telah pun dikenali, hampir semua orang dapat menggunakan internet. maka daku pun menjadi salah seorang daripada pengguna internet. sangat banyak kelebihan internet. namun dalam kebaikan dan kelebihan, terdapat juga keburukan dan kelamahan. hanya iman dan taqwa yang dapat membimbing dan menghindarkan manusia daripada sesat atau hanyut dalam dunia internet. daku nak ceritakan rayauan daku di internet menemukan daku kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidupku dan juga orang-orang yang tidak pernah daku kenali. tetiber daku merasa kerdil. namun daku diingatkan agar tidak memandang orang yang mendapat nikmat kesenangan. daku diingatkan untuk lebih banyak melihat kepada orang yang serba kekurangan agar daku menjadi lebih bersyukur. lintasan di mindaku juga berkaitan posting. sebenarnya untuk dapatkan reach orang, better guna facebook atau media sosial yang lain. tapi kerana daku suka menulis maka daku prefer blog biarpun tak ramai yang nak reach. bila daku tunjukkan blog daku kepada anakku, dia sepertinya tak berminat kerana panjang katanya. hahaha. datanglah thoughts bahawa mungkin daku syok sendiri. hahaha. xpelah. daku hanya buat apa yang daku suka. orang suka atau tidak itu terserah. untung rugi pun tak apalah. dan daku percaya setiap kerja buat kita, jika diniatkan kerana Allah, pasti takkan pernah sia-sia. daku yakin pasti ada orang yang merayau dan terjumpa blog daku akan singgah dan baca blog daku dan daku harap mereka mendapat manfaat menerusi penulisan santai daku ni. oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: