Wednesday, January 15, 2025

021 air mata tangisan jiwa

dalam banyak2 air yang sebanyak tujuh lautan yang DIA ciptakan, tiada yang lebih DIA sayangkan melainkan air mata hamba-Nya yang menangis kerana-Nya. justeru, air mata adalah anugerah Allah buat manusia. makhluk kesayangan Allah. jangan sia-siakan air mata kita untuk hal-hal yang tidak wajar. gunakan air mata untuk meraih redo dan ampunan Allah. assalamualaikumbertemu kembali. kali ni daku menulis berkaitan air mata. semasa daku kecil, ayoh daku telah berbicara denganku. nasihatnya, "long, menangislah kerana Allah. long, sesungguhnya air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, in sya Allah akan dapat memadamkan api neraka yang mahu menjilat kita". daku semat pesan ni sehingga ke saat ni dan daku sampaikan pesan yang sama kepada anak2ku yang sangat ramai bilangan mereka (anak kandung, anak buah, anak murid). maka pesanku, menangislah semahumu jika itu dapat menjadi penawar dukamu. namun tangisan boleh juga terjadi kerana merasakan gembira. maka menangislah juga kerana ia menjadi tanda syukurmu terhadap kurniaan-Nya Al-Wahhaboklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: