Tuesday, January 14, 2025

020 maraton kehidupan

hidup bersama waktu atau ditinggalkan waktu? mendahului waktu? agak mustahil untuk berlaku namun seseorang itu pasti adalah orang yang sangat hebat bila dapat seiring apatah lagi dapat mendahului waktu seperti Nabi Sulaiman a.s, ashabul kahfi, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri apatah lagi sekalian para malaikat. ia tidak lain dan tidak bukan adalah kerana didasari dengan ilmu kurniaan Ilahi. assalamualaikumbertemu kembali. kali ni daku menulis berkaitan waktu atau masa. ia terkait dengan masa daku yang semakin hampir ke penamat. maksudku, tamat dunia kerjayaku sebagai penjawat awam. justeru, daku seperti di dalam maraton. maraton dengan masa yang tak pernah berhenti apatah lagi kelelahan. daku mesti segera menyelesaikan segala tugas-tugas yang perlu diserahkan agar tidak timbul masalah di hari depan. apapun, begitulah yang harus kita sedari bahawa masa adalah makhluk Allah yang sangat patuh dan taat kepada penciptaNya sedangkan kita manusia bergelut dengan pilihan dan juga bisikan nafsu dan syaitan. semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh pemilik masa Yang Maha Agung agar dapat menyelesaikan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaiknya. oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: