Monday, January 13, 2025

019 perancangan dan persediaan

assalamualaikum. bertemu kembali. daku puas hati kerana dapat membersihkan sawang dan memurnikan blog daku ini. bermula 2008, kini umur blog daku dah pun masuk tahun ke 17 kewujudannya di alam maya namun terlalu minimum pencapaiannya. begitulah juga dengan hakikat hidup diriku di alam nyata. sangat membimbangkan kerana tempoh hayat semakin berkurang. bila2 masa akan dijemput Tuhan. namun daku optimis. selagi hayat dikandung badan, tiada perkara yang harus dipersiakan. segalanya perlu dimanfaatkan semaksimum kemampuan. biiznillah.

kali ni daku membuat hantaran berkaitan membuat perancangan dan persediaan untuk menjalani hidup setiap hari setiap minggu setiap bulan bahkan setiap tahun sehinggalah hayat berakhir. membuat perancangan dan persediaan adalah suatu hal yang sangat perlu dilakukan dalam menjalani hidup agar aktiviti seharian dapat berjalan dengan lancar. daku secara peribadi mempunyai beberapa perancangan dan daku perlu membuat persediaan atau persiapan untuk merealisasikan perancangan daku. antara perancangan daku untuk tahun 2025/1446 ni ialah:

- merawat dan memperbetulkan hidup daku (diri sendiri, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dll).

- menjalankan perniagaan sama ada dalam bentuk jualan produk atau menyediakan perkhidmatan (secara percuma mahupun berbayar).

- melakukan aktiviti pertanian meliputi penanaman dan penternakan. hasil taniternak akan dimanfaatkan untuk keperluan hidup diri, keluarga dan masyarakat setempat.

- melaksanakan fulltime homeschool kepada anak-anak yang bekeperluan dan halftime homeschool kepada anak-anak yang memilih untuk bersekolah.

- merapatkan hubungan dengan Al-Quran (baca, faham, hafal, ajar).

- melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

- me'reward' diri sendiri (barangan, sambutan atau percutian).

daku sangat berharap agar perancangan yang telah disusun ni akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. in sya Allah. dikau yang melawat dan membaca hantaranku ini, mohon titipkan doa ye sama ada dalam hati kalian secara diam atau secara tulisan di ruangan komentar. perincian perancangan daku buat dalam keep note (digital) dan juga buku catatan (fizikal). oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: