Allahu akbar.. giler arr.. last post November 2020. almost a year after plandemic. sekarang dah Januari 2025. dahsyat betul. mujur google tak nyahkan blog daku. kalau tak rugi nak kena start over bikin blog baru. bagi daku tak cukup mudah nak cipta nama blog atau dapatkan URL apatah lagi domain yang diinginkan sebab pengguna dah tersangatlah ramai. kali ni betul2 daku nak santuni semula blog daku ni. anyway, blogging masih relevan. daku suka menulis. ayat penulisanku jauh lebih baik daripada ayat percakapanku. old post ada yang daku fikir nak keluarkan. ada yang daku akan simpan sebagai kenangan. anyway, daku memilih untuk memulakan posting penulisanku bermula hari ini Ahad 12 Januari 2025 bersamaan 12 Rejab 1446. sepatutnya nak mula segalanya 5 Januari bersamaan 5 Rejab hari Ahad tapi tertangguh. daku masih struggle nak fix hidup daku. satu hal lagi, daku sebenarnya suka mulakan mingguku dengan hari Ahad. sebab Ahad yang asalnya Bahasa Arab menjadi bagian dari Bahasa Melayu yang apabila diterjemah bermaksud satu dan daku juga adalah Hamba kepada Al-Ahad Tuhan Yang Satu/Esa. dah panjang2 menaip, assalamualaikum kepada pembaca blog daku. didoakan semuanya dalam kebaikan dan mendapat manfaat daripada blog daku yang seadanya ni. in sya Allah daku akan continue lagi dalam next post. oh ya, penulisan daku adalah penulisan santai. boleh jadi berkonsepkan open diary or maybe a personal journal. its depends. tengoklah camne. justeru itu, akan ada rojakan bahasa dalam penulisanku. tatabahasa juga tidak menepati piawai. apapun, mana yang baik sila ambil. mana yang tak baik tinggalkan je. sebenarnya daku da siapkan content lebih awal. tiba hari posting daku tinggal publish je. itu lebih mudah. namun daku akan edit jika ada perubahan atau penambahan. oklah salam kenal. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment