putera william lahir pada tahun 1982 manakala putera harry pula lahir pada tahun 1984. daku lahir pada tahun 1983. lebih kurang dengan daku umur depe. Imam Mahdi, daku tak pasti dah lahir ke belum. dah kau kenapa hidayah menyatakan tentang putera diraja british pulak. kau tahu kan british tu penjajah tanah melayu. wo wo wo. sat sat. daku tak mention ni dari sudut yang berkenaan. selepas daku tergerak nak tonton video daripada channel youtube (The Surprised), kepala otak daku duk proses cerita-nya daripada beberapa aspek khususnya aspek realiti kemanusiaan dan mencetuskan ilham untuk daku menulis hantaran ni.
assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. pejam celik dah 1 februari 2025 dan dah 1 syaaban 1446 jugak. Allahumma baariklana fi syaaban wa ballighna ramadan. amin ya rabbal alamin. alhamdulillah hari ni officially daku dah resign. pelbagai ilmu dan pengalaman telah didapatkan, keseronokan dan kesedihan, kebijaksanaan dan kebodohan, ketulusan dan keterpaksaan serta banyak lagi perkara adalah rencah dalam kehidupan. menjadi bekalan untuk meneruskan kehidupan serta persiapan untuk kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Menciptakan.
menyentuh pembuka hantaran berkaitan putera diraja british, pada tahun 1981, hampir seluruh dunia mendapat perkhabaran berkenaan perkahwinan diraja putera charles dengan puteri diana. setahun kemudian mok dan ayoh daku berkahwin. jadi ketika berita tersebut menjadi bualan dunia, daku sendiri pun belum lahir. cuma nak mention, putera2 kepada pasangan diraja tersebut, mereka adalah generasi sezaman denganku.
kehidupan mereka berdua telah menjadi sebuah drama yang ditonton oleh warga dunia sehingga hampir tiada privasi langsung. aura negatif (kedukaan dan kelelahan) keluarga diraja berkenaan khususnya puteri diana terselindung di sebalik semua aktiviti dan senyuman yang diberikan. daku melihat dari sudut pasangan suami isteri dan kekeluargaan.
kesimpulan yang boleh daku rumus ialah hubungan lelaki dan wanita di dunia pastinya akan berdepan dengan pelbagai konflik. sebagai muslim kita ada panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. in sya Allah dengan mengikut panduan dan peraturan tersebut, segalanya pasti baik meskipun sukar atau tidak bertepatan dengan apa yang kita harapkan. jika tidak perkara sebaliknya yang akan terjadi. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. kita merancang. Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik2 Perancang. dan perkara penting ialah, kena pelajari ilmu yang berkaitan agar mudah untuk diterapkan dalam kehidupan berkeluarga mahupun berpasangan yang sah.
dari aspek kekeluargaan pula, sebagai ibu ayah, dalam apa jua situasi yang dihadapi, kenangkanlah keadaan anak2. pastinya anak2 yang lahir dalam keadaan broken family ataupun hubungan yang tidak sah akan mendapat luka batin yang sangat parah. hanya kasih sayang Allah yang dapat menyembuhkan dan menyelamatkan mereka. namun ingatlah, meski anak2 sembuh, kelak nanti kita sebagai parent pasti akan dipertanggungjawabkan juga. so beware. selalulah memohon keampunan Allah dan tundukkan keegoan dengan saling bermaafan antara suami dengan isteri, antara ibu ayah dengan anak2.
dan terakhir, kesenangan dunia tidak menjamin kebahagiaan dalam hidup kita. hakikatnya bahagia lahir dari dalam diri kita yang sedar tentang hakikat ketuhanan yang Maha Pengasih Penyayang Pencinta. DIA adalah Provider terhebat dalam kehidupan manusia. selain tu, kita kena sedar bahawa hidup kita juga bergantung kepada pilihan yang kita buat. maka, buatlah pilihan yang terbaik dengan mendapatkan bimbingan daripada Allah SWT.
daku kongsikan pautan video youtube yang kutonton 👇
pautan >> https://youtu.be/DwhJgOsf02I?si=W16zxp76YGSaqM6N
terima kasih ya Allah. terima kasih kepada semua sharer. sudilah kiranya follow dan comment.
oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment