assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. perancangan daku banyak sangat. daku susun dalam planner daku. pelan2 kayuh tapi tetap bergerak. yang penting tak putus hubungan dengan Allah. sentiasa minta tolong dengan dia. ingat! kita berhubung dengan Allah janganlah untuk kepentingan diri semata-mata. kita kena ikhlas dan mengharapkan keredoaan-Nya. itulah kuncinya. amalkan sabar, syukur, solat!
episod 3 dah habis. family daku dah selamat kembali ke kediaman masing-masing. semalam episod 4. adik ipar (adik suamiku) datang ziarah dan bermalam. tetamu adalah rahmat dan barokah. cuma dakulah. kekurangan dalam layanan. daku berazam untuk berikan yang lebih baik kerana daku pernah dilayan dengan sangat baik ketika menjadi tetamu orang.
hari ni episod 5. episod 5 hari ni adalah permulaan journey dakulah. sebenarnya journey dah bermula. tapi feeling and vibe tu. jadinya episod 5 ni adalah journey of week. hehe. sebenarnya setiap minggu tu daku sentiasa up mood dan semangat bermula pada hari ahad. kadang on kadang pause. struggle sebenarnya tapi kena hadap sebab ni hidup daku. daku yang design. memang Allah dah tulis skrip tapi Allah baik. DIA izinkan je jika hambaNya nak olah skrip DIA as long as tetap tunduk dan patuh kepada DIA. dan seperkara lagi, jangan perasaan kita yang uruskan hidup kita. sebaliknya kembalikan semula semuanya kepada Allah. terima kasih kepada Allah kerana telah bantu uruskan hidup kita.
sejak beberapa bulan yang lepas. daku jadikan ahad ni sebagai permulaan mingguku. mmg nak kena tune sebab daku tinggal di negeri Isnin hari pertama. daku jugak tune life daku dengan penggunaan takwim hijrah yang diperkenalkan oleh Saidina Umar Khalifah Dunia Islam yang ke-2. memang sukar tapi daku suka sebab daku rasa memekarkan Islam.
hantaran kali ni daku tulis senarai tugas untuk minggu ini di sini. antaranya up status wasap (content adab), upload video youtube, siapkan google site, buat live (content tajwid), urus taniternak (semai batang serai dan biji pisang kaki, trim pokok, membaja, order benih ikan keli), jana income (dgn bantuan anakanda faiz), siapkan planner canva, siapkan jadual dan bahan homeschool (anakanda hadi & haura), hafalan juzuk 1, respon wasap. (tertakluk perubahan).
azam daku untuk minggu ni ialah laksanakan semua tugas yang disenaraikan. moga semuanya berjaya dilaksanakan. amin ya rabbal alamin. banyak kerja ni. jangan kata daku takde kerja, goyang kaki, peghabih bogheh. dan daku sendiri tak sempat nak rasa bosan pun. kalau ada pun mungkin penatla sebab nak pastikan dateline diri sendirilah ontime dan nak kena sync dengan suami, anak2, family and others. apapun, di sini daku nak share pautan video motivasi yang daku tonton.
pautan >> https://youtu.be/9EfIckyOnNA?si=v-MSpKOG73twiZYs
daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.
oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment