Monday, February 3, 2025

037 duit bukan segalanya

duit bukan segalanya namun segalanya perlukan duit. begitulah realiti akhir zaman. tanpa duit, mungkin meranalah kita. namun bagi yang tak berada, jangankan duit, emas pun tak mampu untuk dimiliki. sedih.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. daku tak cukup cerdik malah yang membuatkan daku merasa malang ialah daku mengalami kerugian iaitu rugi masa dan rugi juga dari segi wang. daku telah diberitahu untuk membuat persediaan secukupnya tapi daku gagal bertindak. jika nak diberikan alasan memang la daku akan katakan faktor kesihatan. apa boleh buat. namun satu hal yang daku syukuri ialah hutangku langsai semuanya.

hakikatnya ada juga pihak yang cuba nak menyalahkan, memburukkan, menakutkan daku. menyebarkan berita tentangku. akan hal ini daku tegas bahawa ini adalah pilihanku setelah sekian lama daku meminta kepada Yang Maha Agung. tiada siapa boleh kacau ganggu hidupku. daku takkan biarkan sesiapa pun sewenangnya mengawal hidupku. daku hanya mahu dikawal oleh Yang Maha Agung. Rabb-ku dan Rabb-mu jua.

bulan ni bulan februari daku officially resign. maka tiada lagi duit bulanan daripada pekerjaanku pada bulan ni. daku syukur masih ada suami dan suamiku ini yang sangat bertanggungjawab sudi menjadi provider hidupku (dengan izin Allah) meskipun suamiku sendiri ada komitmen kewangan peribadinya. hakikatnya Allah adalah sebaik-baik provider dan penjamin yang paling hebat. segala yang kita dapat semua Allah bagi. segala kerja buat kita hanyalah asbab kepada datangnya rezeki. hati-hati jangan sampai kita jadi syirik kufur kerana menyangka bahawa kerja buat kitalah yang bagi kita rezeki (contoh: sebab aku kerja aku dapat duit). kefahaman ni salah sama sekali.

satu hal dalam hidup daku dan kami (keluargaku) ialah gaya hidup zon selamat sebelum ni tak dapat daku jalani. kekuatan daku adalah saudara2ku di Palestin, Syria dan depe yang jauh lebih susah dan sukar hidupnya daripadaku. namun daku tak boleh berterusan bersandarkan yang demikian. daku tetap kena mula menjana pendapatan peribadi bagi menampung (back up suami) keperluan dan kehendak keluarga dan diri sendiri. tambahan lagi, daku juga mahu memberi. membantu mereka yang memerlukan dan membantu juga agamaku yang kusayangi kerana Allah dan kekasih-Nya. daku ingin jadi pemberi kerana menjadi pemberi lebih baik daripada menjadi penerima. daku pernah berpesan kepada anak2ku dan anak2 muridku, "jadilah orang kaya yang bertaqwa".

apapun, untuk mendapatkan kekuatan menjana pendapatan, daku ikuti video di pautan yang daku kongsikan 👇. moga video ni bermanfaat buat dikau semua juga. 

pautan >>

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua sharer (youtuber). daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah.

No comments: