Tuesday, January 21, 2025

027 senyum tak perlu kata apa-apa

ngape sedih nak nangis bagai kalau dikau tak bersalah.

Palestine will be free! Islam will win!

assalamualaikum. hai. bertemu kembali.
daku paling suka senyum. xperlu kata apa2. tapi dikau jangan suruh daku senyum time daku marah. nanti daku jadi mamalion. selamat menonton short video. daku share link.

pautan >> https://youtube.com/shorts/RQT4JCshe5E?si=ouYIODNHMZ-FYg4M

anyway, alhamdulillah dating dengan antara teman yang paling rapat denganku (kak as & kak raha) di zaman kedewasaan ini yang Allah jodohkan dalam dunia kerjaya. kami bertemu janji pada (isnin 200125=200746 12pm) di richiamo diiringi juga dengan izin suamiku. daku berhajat nak belanja tapi daku xcukup cekap. kak raha sudah belanja kami. kak as dan kak raha memang jenis yang tak kedekut dan tak berkira. suka membelanja. daku jadi segan. daku doakan kak as dan kak raha sentiasa dilapangkan rezeki dan diselesaikan segala permasalahan. daku tak suka sangat nak share kisah2 berkait hidupku dan keluargaku namun daku aplikasikan apa yang daku telah pelajari daripada Prof Muhaya (secret life, private life, public life). secret life tu maybe boleh tukar jadi personal life. comel sikit. 3P. memandai je daku. apapun, bagi daku, dating ni in between my private and public life jadi daku decide oklah untuk daku sematkan memori kami dalam hantaran hari ni. semuanya senyum nampak gigi. lawa lawa lawa.
sebenarnya ramai orang2 yang baik2 yang Allah hadirkan dalam hidupku. daku syukuri dan hargai depe. ya depe ada kekurangan dan kelemahan masing2. bukan tak pernah tersinggung atau selisih faham tapi kebaikan depe lebih utama untuk daku hargai dan kenangkan berbanding perkara2 yang tidak menyenangkan. kadang2 daku jadi insecure jugak namun hidup ni hanya seketika. daku nak kumpul 'bekalan'. jadi daku tak nak sia2kan dengan perkara2 yang merugikan. tambahan, daku hakikatnya telah banyak mengalami kerugian dalam hidup apabila mensia2kan peluang yang DIA berikan akibat kebodohan dan kelengahan daku sendiri. ditambah lagi dengan bisikan nafsu syaitan yang tak berkesudahan. so daku putuskan, cukup sudah. daku ambil iktibar daripada segala2nya yang daku tempuhi dan juga memanfaatkan pengalaman hidup orang lain sebagai panduan dan pedoman hidupku dan keluargaku. Allah sebaik2 penolong dan penyelesai masalah. senyum je. DIA ada!

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah.

No comments: