assalamualaikum. hai. bertemu kembali. idea daku terbang melayang. sudahnya daku cerita tentang idea jelah. Apa tu idea? Idea menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah buah fikiran, gagasan. Menurut Wikipedia, idea adalah apa jua hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir.
Idea sering ditafsirkan sebagai gambar perwakilan iaitu gambaran sesuatu objek. Dalam konteks yang lain idea juga dianggap sebagai konsep yang tidak semestinya muncul sebagai gambar. Ramai juga ahli falsafah yang mempertimbangkan idea sebagai kategori makhluk ontologi yang asas. Ontologi pula adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji konsep seperti kewujudan dan realiti.
Adakalanya idea datang sebagai lintasan kemudian menjadi ilham lalu diluahkan dalam bentuk yang telah digambarkan di fikiran. Ada idea yang sangat mudah direalisasikan dalam kehidupan namun ada juga yang sukar dan memerlukan usaha yang besar dan masa yang panjang.
Kemampuan untuk mencipta dan memahami makna idea dianggap sebagai ciri dan nilai penting bagi manusia. Justeru, kebanyakan idea muncul secara spontan tanpa berfikir atau merenung secara serius.
Kesimpulan yang daku boleh buat ialah idea adalah salah satu tanda kebesaran Allah SWT dan merupakan anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan manusia yang dikurniakan akal.
No comments:
Post a Comment