Thursday, January 23, 2025

029 terbelah

senarai posting dah ada tapi daku beri laluan kepada lintasan yang baru sahaja daku terima. Al-infitor.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali.

garfu tala adalah satu istilah yang pernah daku pelajari di suatu masa dulu. namun ada yang mengatakannya sesat. daku tiada ulasan. daku rasa ok je. wallahu a'lam. daku amalkan doa "Allahumma arinal haqqa haqqan" untuk memastikan perjalanan hidupku di landasan yang benar. bagi daku, setiap kali daku buka terjemahan Al-Quran, daku minta Allah ajarkan daku. lalu secara rawak daku selak helaian Al-Quran dan daku baca terjemahan dalam muka surat berkenaan.

kadang-kadang daku tak buat pun garfu tala. daku pilih untuk tahu tentang sesuatu surah. seperti hari ni daku rasa nak tahu tentang surah al-Infitor. terima kasih ya Allah untuk surah ini yang menjadi peringatan buat diriku dan diri dikau semua jugak yang membaca hantaran daku pada hari ni. boleh rujuk pada gambar di atas dan juga terjemahan lengkap dalam kitab terjemahan Al-Quran masing-masing. nak lebih kefahaman boleh ikuti kelas tafsir Al-Quran. daku pun baru nak mula semula.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: