Friday, January 24, 2025

030 rasa macam bodoh

sebenarnya daku rasa macam bodoh serta menjerat dan memalukan diriku sendiri. lain teks yang daku sediakan lain ucapan yang daku tuturkan. daku memang dah agak. apa boleh buat. skrip da jalan. hadap jelah. hari ni dah seminggu setelah hari majlis perpisahan pada Jumaat yang lepas. semalam selesai penyerahan dokumen penting ke sekolah. namun setelah diteliti, ada sedikit lagi yang daku perlu murnikan dan daku ada 7 hari lagi sebelum daku dengan rasminya tamat perkhidmatan pada 1 Februari 2025 nanti. pada mulanya daku rasa tak boleh blah namun alhamdulillah setelah seminggu berlalu, i used to it.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. bicara dari hati atau bicara dari teks skrip. itulah jadinya bila buat sesuatu kerana terpaksa. namun di satu sudut daku mendapat pelajaran besar dalam hidup. daku memang kena teruskan tatihan untuk develope diri dan skill daku. memang tak mudah. tambahan daku dah masuk tahun ke-42 menjalani hidup di dunia fana' ini. yang berlaku dah pun berlepas. daku kena terus pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang melainkan hanya sesekali untuk tujuan kesedaran ketuhanan.

sesungguhnya segala kelebihan itu adalah satu karunia dan tanda kasihnya Allah kepada kita. kelebihan yang kita ada perlu dihargai. ramai yang ingin memiliki kelebihan yang kita ada tapi depe tak dapat. kita sendiri juga adakalanya menginginkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain namun sedarlah bahawa, Allah lebih tahu apa yang DIA kerjakan. apa yang DIA berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita gunakan dengan amanah dan bijaksana demi mencapai kepuasan diri dan keredoan Ilahi. hakikatnya setiap orang yang punya kelebihan pasti ada kekurangan dan struggle yang perlu ditempuhi. maka kita perlu selalu syukur, sabar dan solat.

jadi, senyum jelah. tiada manusia yang tak pernah buat benda bodoh benda salah. tak kisahlah bodoh ringan mahupun bodoh berat. bahkan ada yang buat dosa paling besar pun. yang penting dikau kena taubat. tu yang Allah paling suka dari hambaNya. kejar penilaian Allah berbanding penilaian manusia sebab penilaian manusia mungkin tak tepat. ingat semuanya adalah gerakan daripada Allah jua. maka kau bergerak je ikut skrip DIA. kalau dikau rasa tak suka, dikau cakapla dengan Allah. nego dgn Allah. Allah akan jawab. sama ada dalam mimpi, rasa di hati mahupun hint.

sebenarnya Allah sentiasa buka connection kita dengan dia. kita yang selalu lalai bahkan abaikan hint dia. sebab tu selalulah minta hidayah Allah. untunglah kita ni Allah pilih untuk jadi hamba DIA compare mereka yang non muslim. kesian sangat. tu pun ada non muslim yang beruntung kerana akhirnya dapat hidayahNya. yang malangnya orang yang tercabut iman dan semakin jauh daripada hidayahNYA. nauzubillahi min zalik.

kesimpulannya, yang pertama, dalam dunia ni mana ada manusia yang sempurna melainkan Nabi kita Nabi Muhammad SAW yang terlalu istimewa. tanpa baginda SAW, kita takkan dapat mengecap nikmat iman dan Islam pada hari ni. tambahan yang lebih penting Allah pilih kita untuk memeluk erat Islam yang mulia ini berbanding umat akhir zaman yang masih kafir.  yang kedua, always improve or upgrade your skill in every field or what you skill the most. it is better. ada orang yang dia tahu semua benda tapi tak bagus kat semua bende. jadi pilih yang paling boleh menyerlahkan dikau. itulah yang dikau paling kuat dan menjadikan diri dikau adalah engkau. semua yang kita lalui dan alami adalah part of learning processat the end semuanya kembali kepada DIA jugak. apapun, boleh tonton video di link yang di bawah ni. daku suka pesanan dan ilmu yang disampaikan.

pautan >> 

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlovesorry n thank youfi hifzillah.

No comments: