assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. daku kembali menyambung penulisan setelah dua hari tergendala. daku minta maaf seandainya penulisan daku kali ni membosankan. bukan apa, daku dah lalui 2 episod setelah hari terakhir perkhidmatan daku yang belum official. tinggal 4 hari sahaja lagi to go officially. ramai yang kata daku nampak lebih berseri. lebih ceria tapi hakikatnya daku agak susah hati jugak. nak mendapatkan pekerjaaan baru tak mudah. daku dah tak berminat untuk berada dalam organisasi or sistem yang tak lagi peduli kepada hukum Yang Maha Esa. daku nak bebas. nak stand alone. nak free lance gitu. daku nak jalani quiet life. hidup daku masih bising. tiada siapa dengar. otak daku, hati daku, bising sangat. ia dalam diriku. daku takleh nak buat apa melainkan meminta pertolonganNya.
episod 1 daku diraikan. quite tension and regret. pada masa yang sama daku syukurinya juga. lagipun daku memang jadikan kesyukuran sebagai pilihan dalam hidup. daku sering tekankan dalam diriku bahawa hidup adalah pilihan. jadi, selalulah buat pilihan yang terbaik walaupun sulit.
episod 2 daku pulang ke rumah mak ayah daku kerana ada kenduri doa selamat. bagi daku ini juga satu cabaran. dan disebabkan event ni juga membuatkan hantaran blog daku tergendala kerana daku lebih selesa menggunakan komputer daku di rumah daku berbanding telefon. tablet belum ada. tapi daku tetap selesa dengan komputerku.
alkisahnya dalaman daku masih tak tenang. memang kena setel satu demi satu. slow pun slowlah. daku akan masuk episod 3 iaitu menerima kehadiran ziarah family daku nanti. rumah belum habis kemas. nak arrange semula life daku memang tak mudah. nak kena negosiasi dan kompromi dengan ahli keluarga yang dibina. semuanya sangat memenatkan.
bila masanya daku boleh fikir tentang agenda akhir zaman. masalah Palestin belum selesai, LA pulak terbakar dan minta duit daripada Mekkah untuk setel masalah LA. gila ke apa. memang LA ada muslim tapi majoriti kafir harbi. hanya sebilangan kecil sahaja kafir zimmi dan minoriti muslim. sedangkan Palestin pun tak dibantu. semakin huru hara. biar apapun keadaan, daku memilih untuk betulkan jugak diriku. daku yakin Allah takkan biarkan daku.
entahla. jika nak ceritakan semuanya tak habis. lagipun daku kena patuhi rule 3P (personal, private, public). daku ni pun masih mendapat silent kecaman yang sebenarnya tak silent sangat pun. tapi memandangkan daku dah pilih Allah sebagai Majikan daku, daku kena buat sesuatu la untuk pleased Majikan daku yang hakikatnya Majikan dikau jugak. dunia dan seluruh alam ni adalah milik DIA. daku kena buktikan kat diriku dan family daku bahawa DIA adalah penjamin rezeki. daku sememangnya tak boleh lengah tangguh lagi dah. kena ambil risiko. sesungguhNya hanya DIA tempat daku bergantung.
apapun, di sini tak lupa untuk daku mengucapkan kepada seluruh muslimin muslimat di seluruh dunia salam isra' mi'raj 1446H. sama2 lah kita mengambil ibrah daripada peristiwa tersebut.
oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment