berat bebenor dakwaan ni. berhenti jadi pendidik, maka putus pahala. berat.. berat.. daku dah tengok video yang disuruh dengar tu. hamba Allah ni salah faham.
assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.
memahami agama tu jangan wenang2. dan urusan pahala ni bukan urusan kita. tu hak Allah. lagi satu, jangan sempit sangat. jalan pahala tu banyak lorongnya. apapun terima kasih kepada seorang hamba Allah ni yang telah menjadi asbab daku menulis posting pada hari ni. semoga dikau dianugerahkan pahala percuma dan diberikan kefahaman yang lebih baik.
memang rasa annoying pada mulanya tapi daku dah diajar untuk terima perkara yang kita tak suka sebagaimana kita terima perkara yang kita suka dengan berlapang dada dan meneliti hikmahnya.
oleh itu, daku tegaskan di sini bahawa dalam bab kerjaya, keputusan yang daku ambil bukannya baru dibuat tapi setelah daku membuat pertimbangan yang sudah sangat lama. akhirnya daku tekad dengan keputusan yang muktamad. daku dah lama bertahan sehinggalah Allah bagi green light. jadi hal ni tak de kena mengena dengan dikau. ini keputusan daku dengan izin Allah.
apapun, daku share video2 berkaitan 👇.
pautan >>
Pahala Yang Tidak Putus
https://youtube.com/shorts/_C_nkj2ojWg?si=GsBFG5ZHUibnFRCm
7 amalan yang pahalanya terus mengalir
https://youtube.com/shorts/hJkcQSLN5Zk?si=BOMqgsJlb0b3CJ7x
7 amalan yang pahalanya tetap mengalir meskipun sudah dikubur
https://youtube.com/shorts/-oI3RDFxtls?si=SsaQQdP1AX4WAqZp
tiada satu pun dalam video ni yang kata berhenti jadi pendidik maka putus pahala. ilmu yang bermanfaat yang pernah diajarkan oleh guru kepada murid, pahalanya takkan putus selagi anak muridnya mengamalkannya. daku pun adalah anak murid dan daku tak pernah berhenti mendoakan kebaikan untuk guru2ku walaupun depe tak lagi mengajar daku. rahmat Allah SWT sangatlah luas.
No comments:
Post a Comment