Perjalanan Ramadan yang mengambil masa selama sebulan adalah masa untuk menyuburkan pertumbuhan dan perhubungan diri dengan Kalamullah serta menjadi masa untuk refleksi diri.
assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.
nampaknya daku telah tergendala dalam membuat hantaran blog. daku perlu menghalusi semula pengurusan masa dan jadual waktu serta mengatur dalaman diriku agar syncronize dengan luaran diriku.
apapun, di sini daku mengingatkan diriku sendiri bahawa lebih kurang dua minggu lagi seluruh umat Islam akan bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang mulia, bulan yang dijanjikan dengan limpahan rahmat dan keberkatan. justeru hantaran daku pada kali ini adalah tentang persiapan atau persediaan untuk memasuki bulan Ramadan yang pastinya dipenuhi juga dengan cabaran yang in sya Allah akan dapat membentuk kembali keperibadian mulia setiap hamba Allah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
1. Persiapan Spiritual/Rohani
Sedarkan hati atau jiwa bahawa puasa perlu dilakukan
dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata. Oleh itu, mulakan dengan bertaubat,
bersihkan fikiran dan perasaan, serta mengawasi emosi dan pertuturan.
~ Perbaiki Solat: pastikan solat fardu cukup dan tambah solat sunat.
2. Persiapan Mental
Sematkan di minda bahawa puasa adalah ibadah yang mencabar namun ganjarannya sangat lumayan bagi orang yang ikhlas.
3. Persiapan Fizikal
Siapkan jasmani yang sihat dan kuat. Latih diri berpuasa sunat. Langsaikan hutang puasa bagi yang belum habis mengganti puasa pada tahun lalu. Jaga kesihatan diri dan banyakkan berbuat kebaikan.
~ Jaga kesihatan diri: makan secara sihat, makan secara sederhana,
4. Persiapan Ilmu
Mengulangkaji dan mengingat semula hukum-hakam dan amalan-amalan sunat ketika berpuasa dalam bulan Ramadan.
~ Rancang Aktiviti Dakwah: sediakan bahan sebaran harian agar
5. Persiapan Masa dan Aktiviti
Merancang aktiviti dan menentukan masa untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat seperti tazkirah, tadarus, tadabbur, tarawih, tahajud, tautan kasih (silaturahim, sedekah), tatabersih persekitaran sepanjang bulan Ramadan.
6. Persiapan Ekonomi/Harta
Rancang bajet dan perbelanjaan sepanjang Ramadhan. Sediakan
kewangan yang lebih agar dapat perbanyakkan sedekah. Biasakan diri bersederhana
dan berhemah dalam berbelanja agar dapat mengelakkan pembaziran.
7. Persiapan Sosial/Keluarga
Perbaiki hubungan dengan ahli keluarga sanak saudara atau dengan orang lain (rakan, kenalan, jiran dll). Selesaikan perselisihan dengan mereka sebelum Ramadan. Saling bermaafan atas segala kesilapan dan kesalahan. Saling berbagi nikmat agar menjadi kebiasaan sepanjang Ramadan yang akan datang.
begitulah 7 persiapan yang dapat daku kongsikan. daku doakan kita semua dapat sama-sama berusaha untuk membuat persiapan menuju Ramadan yang dinantikan.
daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.
oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allah. love. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment