Saturday, March 29, 2025

043 belajar daripada kesilapan

kita memang tak sunyi daripada kesilapan dan kesalahan. namun apa yang utama ialah belajar daripada kesilapan walaupun ia sangat sukar untuk diperbetulkan.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

daku maraton untuk siapkan busana raya 9 ahli keluarga termasuk diriku tak termasuk mak ayah daku. huhuhu. ni kali ketiga daku menjahit pakaian ahli keluargaku namun daku masih belum berjaya mengambil iktibar daripada kesilapan daku yang lalu. lambat atau gagal membuat keputusan yang tepat akan menyebabkan perjalanan hidup berantakan dan impian tak kesampaian. apapun putus asa tak boleh dibangunkan. jalan terus.

alkisah busana raya kali ni daku sebenarnya dah plan menjelang Ramadan tapi disebabkan teragak-agak dengan fesyen yang nak dikenakan, material kain yang nak digunakan, keupayaan diri untuk menjahit dan keelokan mesin jahit serta implikasi kewangan telah menyebabkan daku terdelay.

hari sabtu 22 mac daku order online shopee kain baju then sampai hari isnin terus daku start buat baju si bongsu. busana pilihan yang daku putuskan ialah kebayu (lelaki) dan kebarung (perempuan). tup2 hari selasa daku jatuh sakit pulak. huhuhu. burn sehari.

sehingga hari ni baru 5 pasang baju daku siapkan. baju sahaja. tudung, tanjak, sampin, seluar/kain belum buat. ada lagi 4 baju perlu disetelkan. dan bukan itu sahaja, 4 daripada 5 baju mengalami kecacatan akibat kecuaian semasa memotong kain. boleh pakai tapi nampak sikit cacat. huhuhu. esok dah nak balik kampung. ni pun curi masa blogging. jenuh.

apapun, di sini daku nak kongsi antara apa yang kita boleh dapat daripada kesilapan kita mahupun kesilapan orang lain.
1. kesilapan memberi pengajaran dalam hidup
2. menginsafi keterlanjuran yang telah berlaku
3. menyedari kelemahan diri dan dapat elak kesombongan
4. memperbaiki dan membuat penambahbaikan
5. biasakan yang betul, betulkan yang biasa

rujukan di pautan >>

Belajar Daripada Kesilapan

https://youtu.be/5vK2I7EQhUs?si=n52uEP7w47CE6wi5

Hubungan Tun Mahathir dengan Aceh dan Indonesia

https://youtu.be/oChJOYz-Eg4?si=yTMN2cG-XUDE1v82

Motivasi: Belajar Daripada Kesilapan Lalu

https://shorturl.at/hIqbN

Belajar Melalui Kesilapan

https://shorturl.at/wNmPw

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. selamat meneruskan ibadah puasa 28 Ramadan 1446H dengan penuh kesungguhan dan ketakwaan. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.

Friday, March 28, 2025

042 malam penentuan

lailah maksudnya malam. qadar maksudnya ketetapan. namun penjelasan lebih lengkap bolehlah rujuk buku2 ilmiah atau google atau AI atau asatizah yang benar. carilah. tapi jangan lupa baca doa.

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar
dan bantulah kami untuk mengikutinya,
dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil
dan bantulah kami untuk menjauhinya,
dan janganlah Engkau menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat,
dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

lama sungguh daku pause penulisan blog. hari ni hari penuh barokah daku tergerak dan digerakkan untuk kembali menulis. penulisan ringkas khas untuk 27 Ramadan 1446 yang jatuh pada hari Jumaat yang penuh dengan kebaikan dan kemuliaan serta keberkatan.

di atas bumiNya ku berpijak dan di bawah langitNya ku bernaung ini telah dibasahi hujan seawal lebih kurang 5 pagi dan sehingga saat daku menaip ni suasana masih redup dan mendamaikan. syukur Allah masih kirimkan rezekiNya berupa air hujan untuk dinikmati oleh sekalian makhluk ciptaanNya tanpa kecuali pun. terima kasih Allah.

rujukan di pautan >>

Bayan Linnas Siri Ke-31: Lailatulqadar... Carilah...

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1811-lailatulqadar

27 Ramadan | Lailatul Qadar, Jutaan Jemaah Penuhi Masjidil Haram

https://youtu.be/Abswv4wTpU0?si=WdVSwq7OeArvuCvb

apapun, di sini daku mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini (yang bakal meninggalkan kita. harap dapat jumpa lagi tahun hadapan [1447].) untuk memohon kemaafan khusus atas segala salah silap daku yang sengaja mahupun tidak sengaja dan yang jelas mahupun tidak jelas.

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku ucapkan selamat meneruskan ibadah puasa sekaligus selamat menyambut Aidilfitri hari kemenangan untuk hambaNya yang teguh melaksanakan perintahNya. didoakan ibadah kita diterima olehNya. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.