assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.
lama sungguh daku pause penulisan blog. hari ni hari penuh barokah daku tergerak dan digerakkan untuk kembali menulis. penulisan ringkas khas untuk 27 Ramadan 1446 yang jatuh pada hari Jumaat yang penuh dengan kebaikan dan kemuliaan serta keberkatan.
di atas bumiNya ku berpijak dan di bawah langitNya ku bernaung ini telah dibasahi hujan seawal lebih kurang 5 pagi dan sehingga saat daku menaip ni suasana masih redup dan mendamaikan. syukur Allah masih kirimkan rezekiNya berupa air hujan untuk dinikmati oleh sekalian makhluk ciptaanNya tanpa kecuali pun. terima kasih Allah.
rujukan di pautan >>
Bayan Linnas Siri Ke-31: Lailatulqadar... Carilah...
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1811-lailatulqadar
27 Ramadan | Lailatul Qadar, Jutaan Jemaah Penuhi Masjidil Haram
https://youtu.be/Abswv4wTpU0?si=WdVSwq7OeArvuCvb
apapun, di sini daku mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini (yang bakal meninggalkan kita. harap dapat jumpa lagi tahun hadapan [1447].) untuk memohon kemaafan khusus atas segala salah silap daku yang sengaja mahupun tidak sengaja dan yang jelas mahupun tidak jelas.
daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku ucapkan selamat meneruskan ibadah puasa sekaligus selamat menyambut Aidilfitri hari kemenangan untuk hambaNya yang teguh melaksanakan perintahNya. didoakan ibadah kita diterima olehNya. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.
oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.
No comments:
Post a Comment