Saturday, March 29, 2025

043 belajar daripada kesilapan

kita memang tak sunyi daripada kesilapan dan kesalahan. namun apa yang utama ialah belajar daripada kesilapan walaupun ia sangat sukar untuk diperbetulkan.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

daku maraton untuk siapkan busana raya 9 ahli keluarga termasuk diriku tak termasuk mak ayah daku. huhuhu. ni kali ketiga daku menjahit pakaian ahli keluargaku namun daku masih belum berjaya mengambil iktibar daripada kesilapan daku yang lalu. lambat atau gagal membuat keputusan yang tepat akan menyebabkan perjalanan hidup berantakan dan impian tak kesampaian. apapun putus asa tak boleh dibangunkan. jalan terus.

alkisah busana raya kali ni daku sebenarnya dah plan menjelang Ramadan tapi disebabkan teragak-agak dengan fesyen yang nak dikenakan, material kain yang nak digunakan, keupayaan diri untuk menjahit dan keelokan mesin jahit serta implikasi kewangan telah menyebabkan daku terdelay.

hari sabtu 22 mac daku order online shopee kain baju then sampai hari isnin terus daku start buat baju si bongsu. busana pilihan yang daku putuskan ialah kebayu (lelaki) dan kebarung (perempuan). tup2 hari selasa daku jatuh sakit pulak. huhuhu. burn sehari.

sehingga hari ni baru 5 pasang baju daku siapkan. baju sahaja. tudung, tanjak, sampin, seluar/kain belum buat. ada lagi 4 baju perlu disetelkan. dan bukan itu sahaja, 4 daripada 5 baju mengalami kecacatan akibat kecuaian semasa memotong kain. boleh pakai tapi nampak sikit cacat. huhuhu. esok dah nak balik kampung. ni pun curi masa blogging. jenuh.

apapun, di sini daku nak kongsi antara apa yang kita boleh dapat daripada kesilapan kita mahupun kesilapan orang lain.
1. kesilapan memberi pengajaran dalam hidup
2. menginsafi keterlanjuran yang telah berlaku
3. menyedari kelemahan diri dan dapat elak kesombongan
4. memperbaiki dan membuat penambahbaikan
5. biasakan yang betul, betulkan yang biasa

rujukan di pautan >>

Belajar Daripada Kesilapan

https://youtu.be/5vK2I7EQhUs?si=n52uEP7w47CE6wi5

Hubungan Tun Mahathir dengan Aceh dan Indonesia

https://youtu.be/oChJOYz-Eg4?si=yTMN2cG-XUDE1v82

Motivasi: Belajar Daripada Kesilapan Lalu

https://shorturl.at/hIqbN

Belajar Melalui Kesilapan

https://shorturl.at/wNmPw

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. selamat meneruskan ibadah puasa 28 Ramadan 1446H dengan penuh kesungguhan dan ketakwaan. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.

No comments: