Saturday, February 22, 2025

041 Allah Maha Mengetahui

segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita bukanlah suatu kebetulan melainkan hanyalah satu ketetapan daripadaNya. sebagai hambaNya kita tidak dapat melarikan diri daripada ketentuan yang telah ditakdirkan. apa yang perlu kita lakukan ialah berdepan dengan takdir tersebut. respon kita terhadap peristiwa atau takdir akan menentukan hasil kehidupan kita. what you do is what you get. how you response is how you live. ketepikan pengecualian yang kecil dan jangan ganggu kerja tuhan. kita kena jaga hak Allah dan laksanakan hak kita.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

Tuhan tak boleh menipu = Allah Maha Benar (Haq)

Tuhan tak boleh berubah = Allah Sifatnya Kekal (Baqa')

Tuhan tak dapat dilihat = Allah Maha Halus (Lathif)

Tuhan tak boleh mati = Allah Maha Hidup (Haiyan)

Tuhan tak boleh tidak sedar = Allah Maha Mengetahui (Aliman)

rujukan di pautan >>

Sifat 20: Pengenalan Kepada Sifat2 Allah dan Kepentingannya

https://shorturl.at/iRzB3

5 Things GOD Cant Do 

https://shorturl.at/eVrA3

Jiwa akan tenang bilamana kita kembali kepada Allah

https://shorturl.at/teu3c

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa lagi. in sya Allah. take care. love you all. sorry n thank you. fi hifzillah.

Sunday, February 16, 2025

040 road to ramadan

Perjalanan Ramadan yang mengambil masa selama sebulan adalah masa untuk menyuburkan pertumbuhan dan perhubungan diri dengan Kalamullah serta menjadi masa untuk refleksi diri.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

nampaknya daku telah tergendala dalam membuat hantaran blog. daku perlu menghalusi semula pengurusan masa dan jadual waktu serta mengatur dalaman diriku agar syncronize dengan luaran diriku.

apapun, di sini daku mengingatkan diriku sendiri bahawa lebih kurang dua minggu lagi seluruh umat Islam akan bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang mulia, bulan yang dijanjikan dengan limpahan rahmat dan keberkatan. justeru hantaran daku pada kali ini adalah tentang persiapan atau persediaan untuk memasuki bulan Ramadan yang pastinya dipenuhi juga dengan cabaran yang in sya Allah akan dapat membentuk kembali keperibadian mulia setiap hamba Allah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

7 Persiapan Memasuki Bulan Ramadan

1. Persiapan Spiritual/Rohani

Sedarkan hati atau jiwa bahawa puasa perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata. Oleh itu, mulakan dengan bertaubat, bersihkan fikiran dan perasaan, serta mengawasi emosi dan pertuturan.

~ Niat: berniat untuk jadikan Ramadan 1446 lebih bermakna.
~ Perbaiki Solat: pastikan solat fardu cukup dan tambah solat sunat.
~ Tadarus Quran: rancang dan usahakan khatam bacaan al-Quran.
~ Doa Harian: hafal doa-doa penting seperti doa iftar dan lain-lain.
~ Zikir: amalkan zikir pagi dan petang untuk dekat dengan Allah.

2. Persiapan Mental

Sematkan di minda bahawa puasa adalah ibadah yang mencabar namun ganjarannya sangat lumayan bagi orang yang ikhlas.

~ Matlamat: tetapkan dan tulis matlamat Ramadan seperti 
   solat tarawih penuh, khatam Al-Quran atau sedekah harian.
~ Refleksi Diri: audit atau muhasabah amalan tahun lalu
   dan kenalpasti perkara untuk ditambahbaik pada tahun ini.
~ Tingkatkan Kesabaran: berlatih mengawal fikiran dan emosi
   terutama dalam situasi mencabar.
~ Kurangkan Media Sosial: gantikan masa di media sosial
   dengan ibadah atau pembacaan bermanfaat.

3. Persiapan Fizikal

Siapkan jasmani yang sihat dan kuat. Latih diri berpuasa sunat. Langsaikan hutang puasa bagi yang belum habis mengganti puasa pada tahun lalu. Jaga kesihatan diri dan banyakkan berbuat kebaikan.

~ Latih diri bangun malam (qiamullail): peluang untuk dapatkan
   ampunan Allah, gandakan amalan sunat dan mudah untuk bersahur.
~ Latih diri berpuasa: biasakan puasa sunat sebelum Ramadan
   sebagai persediaan dan kemudahan apabila sampai masanya.
~ Jaga kesihatan diri: makan secara sihat, makan secara sederhana,
   tidur awal untuk mudah bangun malam dan bersahur.
~ Kekal aktif: lakukan senaman ringan untuk menjaga kecergasan diri,
   mengekalkan stamina dan kecerdasan akal sepanjang Ramadan.

4. Persiapan Ilmu

Mengulangkaji dan mengingat semula hukum-hakam dan amalan-amalan sunat ketika berpuasa dalam bulan Ramadan.

~ Hadiri Kuliah: ikuti ceramah atau kelas berkaitan Ramadan,
   sama ada secara fizikal atau online.
~ Baca Buku Agama: pilih buku bertema Ramadan atau ibadah
   untuk pengisian ilmu, fahami hukum-hukum puasa seperti
   perkara yang membatalkan puasa, pelajari tentang Lailatul Qadar
   agar dapat fahami kepentingan malam ini dan merancang amalan.
~ Rancang Aktiviti Dakwah: sediakan bahan sebaran harian agar
   dapat melakukan sekurang-kurangnya dakwah kecil dengan cara
   berkongsi ilmu atau motivasi Ramadan dengan orang lain.
~ Belajar memasak dan sediakan resipi untuk juadah iftar dan suhoor.

5. Persiapan Masa dan Aktiviti

Merancang aktiviti dan menentukan masa untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat seperti tazkirah, tadarus, tadabbur, tarawih, tahajud, tautan kasih (silaturahim, sedekah), tatabersih persekitaran sepanjang bulan Ramadan.

~ Urus Masa: rancang dan tetapkan jadual untuk berehat dan bekerja,
   aktiviti sepanjang bulan ramadan dan waktu tidur.
~ Buat Target: tulis sasaran yang bakal dicapai pada Ramadan nanti.
~ Keperluan Ibadah: sediakan peralatan beribadah untuk
   menyokong kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah.
~ Jaga kebersihan: rancang masa membersihkan persekitaran
   agar tidak penat seterusnya dapat memotivasikan diri untuk
   melaksanakan ibadah puasa.

6. Persiapan Ekonomi/Harta

Rancang bajet dan perbelanjaan sepanjang Ramadhan. Sediakan kewangan yang lebih agar dapat perbanyakkan sedekah. Biasakan diri bersederhana dan berhemah dalam berbelanja agar dapat mengelakkan pembaziran.

~ Bajet Ramadan: tetapkan bajet untuk penyediaan makanan,
   pemberian derma dan aktiviti ibadah.
~ Tabung Sedekah: mulakan tabung khusus untuk sedekah harian.
~ Sumbangan Amal: rancang untuk memberi sumbangan
   kepada golongan yang memerlukan.
~ Kira Zakat: semak kewajipan zakat fitrah dan zakat harta.
~ Beli Barangan Keperluan Awal: elakkan kesibukan
   di pasar Ramadan dengan membuat persediaan awal.
~ Stok Makanan Sihat: Sediakan stok makanan berkhasiat 
   untuk suhoor dan iftar.

7. Persiapan Sosial/Keluarga

Perbaiki hubungan dengan ahli keluarga sanak saudara atau dengan orang lain (rakan, kenalan, jiran dll). Selesaikan perselisihan dengan mereka sebelum Ramadan. Saling bermaafan atas segala kesilapan dan kesalahan. Saling berbagi nikmat agar menjadi kebiasaan sepanjang Ramadan yang akan datang.

~ Rancang Iftar Bersama: atur majlis berbuka puasa bersama
   keluarga, rakan, jiran tetangga atau organisasi.
~ Motivasi Anak-anak: bantu anak-anak memahami, menghayati
   dan menghargai Ramadan.
~ Rapatkan Silaturrahim: gunakan Ramadan sebagai peluang
   untuk mempererat hubungan dengan keluarga dan jiran.

begitulah 7 persiapan yang dapat daku kongsikan. daku doakan kita semua dapat sama-sama berusaha untuk membuat persiapan menuju Ramadan yang dinantikan.

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah.

Sunday, February 9, 2025

039 putus pahala

"bagi hidayah dengar. ladang pahala sebagai guru sdah abis didunia setelah ia berhenti sebagai pemdidik"

berat bebenor dakwaan ni. berhenti jadi pendidik, maka putus pahala. berat.. berat.. daku dah tengok video yang disuruh dengar tu. hamba Allah ni salah faham.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

memahami agama tu jangan wenang2. dan urusan pahala ni bukan urusan kita. tu hak Allah. lagi satu, jangan sempit sangat. jalan pahala tu banyak lorongnya. apapun terima kasih kepada seorang hamba Allah ni yang telah menjadi asbab daku menulis posting pada hari ni. semoga dikau dianugerahkan pahala percuma dan diberikan kefahaman yang lebih baik.

memang rasa annoying pada mulanya tapi daku dah diajar untuk terima perkara yang kita tak suka sebagaimana kita terima perkara yang kita suka dengan berlapang dada dan meneliti hikmahnya.

oleh itu, daku tegaskan di sini bahawa dalam bab kerjaya, keputusan yang daku ambil bukannya baru dibuat tapi setelah daku membuat pertimbangan yang sudah sangat lama. akhirnya daku tekad dengan keputusan yang muktamad. daku dah lama bertahan sehinggalah Allah bagi green light. jadi hal ni tak de kena mengena dengan dikau. ini keputusan daku dengan izin Allah.

apapun, daku share video2 berkaitan 👇.

pautan >>

Pahala Yang Tidak Putus
https://youtube.com/shorts/_C_nkj2ojWg?si=GsBFG5ZHUibnFRCm
7 amalan yang pahalanya terus mengalir
https://youtube.com/shorts/hJkcQSLN5Zk?si=BOMqgsJlb0b3CJ7x
7 amalan yang pahalanya tetap mengalir meskipun sudah dikubur
https://youtube.com/shorts/-oI3RDFxtls?si=SsaQQdP1AX4WAqZp

tiada satu pun dalam video ni yang kata berhenti jadi pendidik maka putus pahala. ilmu yang bermanfaat yang pernah diajarkan oleh guru kepada murid, pahalanya takkan putus selagi anak muridnya mengamalkannya. daku pun adalah anak murid dan daku tak pernah berhenti mendoakan kebaikan untuk guru2ku walaupun depe tak lagi mengajar daku. rahmat Allah SWT sangatlah luas.

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah. 

Friday, February 7, 2025

038 stay at home.. do nothing..

Jumaat 17.01.2025 = 17.07.1446 (hari akhir sekolah sesi 24/25)
Jumaat 24.01.2025 = 24.07.1446 (selepas minggu 1 cuti sekolah)
Jumaat 31.01.2025 = 01.08.1446 (selepas minggu 2 cuti sekolah)
Jumaat 07.02.2025 = 08.08.1446 (selepas minggu 3 cuti sekolah)
Jumaat 14.02.2025 = 15.08.1446 (selepas minggu 4 cuti sekolah)
--------------------------------------------------
Jumaat 21.02.2025 = 22.08.1446 (selepas minggu 1 sekolah sesi/tahun baru)
Jumaat 28.02.2025 = 29.08.1446 (selepas minggu 2 sekolah sesi/tahun baru)

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal.

xsempat nak bosan

apapun, daku suka podcast 👇.

pautan >> https://youtu.be/z3QMMKlYHK8?si=JiuziMPWRhuo-DJE

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah. 

Monday, February 3, 2025

037 duit bukan segalanya

duit bukan segalanya namun segalanya perlukan duit. begitulah realiti akhir zaman. tanpa duit, mungkin meranalah kita. namun bagi yang tak berada, jangankan duit, emas pun tak mampu untuk dimiliki. sedih.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. daku tak cukup cerdik malah yang membuatkan daku merasa malang ialah daku mengalami kerugian iaitu rugi masa dan rugi juga dari segi wang. daku telah diberitahu untuk membuat persediaan secukupnya tapi daku gagal bertindak. jika nak diberikan alasan memang la daku akan katakan faktor kesihatan. apa boleh buat. namun satu hal yang daku syukuri ialah hutangku langsai semuanya.

hakikatnya ada juga pihak yang cuba nak menyalahkan, memburukkan, menakutkan daku. menyebarkan berita tentangku. akan hal ini daku tegas bahawa ini adalah pilihanku setelah sekian lama daku meminta kepada Yang Maha Agung. tiada siapa boleh kacau ganggu hidupku. daku takkan biarkan sesiapa pun sewenangnya mengawal hidupku. daku hanya mahu dikawal oleh Yang Maha Agung. Rabb-ku dan Rabb-mu jua.

bulan ni bulan februari daku officially resign. maka tiada lagi duit bulanan daripada pekerjaanku pada bulan ni. daku syukur masih ada suami dan suamiku ini yang sangat bertanggungjawab sudi menjadi provider hidupku (dengan izin Allah) meskipun suamiku sendiri ada komitmen kewangan peribadinya. hakikatnya Allah adalah sebaik-baik provider dan penjamin yang paling hebat. segala yang kita dapat semua Allah bagi. segala kerja buat kita hanyalah asbab kepada datangnya rezeki. hati-hati jangan sampai kita jadi syirik kufur kerana menyangka bahawa kerja buat kitalah yang bagi kita rezeki (contoh: sebab aku kerja aku dapat duit). kefahaman ni salah sama sekali.

satu hal dalam hidup daku dan kami (keluargaku) ialah gaya hidup zon selamat sebelum ni tak dapat daku jalani. kekuatan daku adalah saudara2ku di Palestin, Syria dan depe yang jauh lebih susah dan sukar hidupnya daripadaku. namun daku tak boleh berterusan bersandarkan yang demikian. daku tetap kena mula menjana pendapatan peribadi bagi menampung (back up suami) keperluan dan kehendak keluarga dan diri sendiri. tambahan lagi, daku juga mahu memberi. membantu mereka yang memerlukan dan membantu juga agamaku yang kusayangi kerana Allah dan kekasih-Nya. daku ingin jadi pemberi kerana menjadi pemberi lebih baik daripada menjadi penerima. daku pernah berpesan kepada anak2ku dan anak2 muridku, "jadilah orang kaya yang bertaqwa".

apapun, untuk mendapatkan kekuatan menjana pendapatan, daku ikuti video di pautan yang daku kongsikan 👇. moga video ni bermanfaat buat dikau semua juga. 

pautan >>

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua sharer (youtuber). daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah.

Sunday, February 2, 2025

036 ahad permulaan minggu

semalam (sabtu 010225) officially daku tamat perkhidmatan. daku dalam proses fix and upgrade. daku ada rasa risau, segan, kurang yakin berkaitan sharing daku di sosmed. daku pernah nyatakan tak suka sangat nak publish anything di sosmed terutama yang related denganku dan keluarga. namun daku tune niat iaitu nak share perkara bermanfaat. daku risau dengan mendedahkan blog daku ni maka ramai orang akan tahu tentang daku. anyway i set in me myself untuk waspada dan patuh dengan kod 3P dan etika dunia maya. daku persiapkan juga minda dan emosi untuk apa jua situasi dahsyat yang mungkin datang. apapun, daku tak nak bermusuh. daku nak berkawan. daku nak kongsi kebaikan.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. perancangan daku banyak sangat. daku susun dalam planner daku. pelan2 kayuh tapi tetap bergerak. yang penting tak putus hubungan dengan Allah. sentiasa minta tolong dengan dia. ingat! kita berhubung dengan Allah janganlah untuk kepentingan diri semata-mata. kita kena ikhlas dan mengharapkan keredoaan-Nya. itulah kuncinya. amalkan sabar, syukur, solat!

episod 3 dah habis. family daku dah selamat kembali ke kediaman masing-masing. semalam episod 4. adik ipar (adik suamiku) datang ziarah dan bermalam. tetamu adalah rahmat dan barokah. cuma dakulah. kekurangan dalam layanan. daku berazam untuk berikan yang lebih baik kerana daku pernah dilayan dengan sangat baik ketika menjadi tetamu orang.

hari ni episod 5. episod 5 hari ni adalah permulaan journey dakulah. sebenarnya journey dah bermula. tapi feeling and vibe tu. jadinya episod 5 ni adalah journey of week. hehe. sebenarnya setiap minggu tu daku sentiasa up mood dan semangat bermula pada hari ahad. kadang on kadang pause. struggle sebenarnya tapi kena hadap sebab ni hidup daku. daku yang design. memang Allah dah tulis skrip tapi Allah baik. DIA izinkan je jika hambaNya nak olah skrip DIA as long as tetap tunduk dan patuh kepada DIA. dan seperkara lagi, jangan perasaan kita yang uruskan hidup kita. sebaliknya kembalikan semula semuanya kepada Allah. terima kasih kepada Allah kerana telah bantu uruskan hidup kita.

sejak beberapa bulan yang lepas. daku jadikan ahad ni sebagai permulaan mingguku. mmg nak kena tune sebab daku tinggal di negeri Isnin hari pertama. daku jugak tune life daku dengan penggunaan takwim hijrah yang diperkenalkan oleh Saidina Umar Khalifah Dunia Islam yang ke-2. memang sukar tapi daku suka sebab daku rasa memekarkan Islam.

hantaran kali ni daku tulis senarai tugas untuk minggu ini di sini. antaranya up status wasap (content adab), upload video youtube, siapkan google site, buat live (content tajwid), urus taniternak (semai batang serai dan biji pisang kaki, trim pokok, membaja, order benih ikan keli), jana income (dgn bantuan anakanda faiz), siapkan planner canva, siapkan jadual dan bahan homeschool (anakanda hadi & haura), hafalan juzuk 1, respon wasap. (tertakluk perubahan).

azam daku untuk minggu ni ialah laksanakan semua tugas yang disenaraikan. moga semuanya berjaya dilaksanakan. amin ya rabbal alamin. banyak kerja ni. jangan kata daku takde kerja, goyang kaki, peghabih bogheh. dan daku sendiri tak sempat nak rasa bosan pun. kalau ada pun mungkin penatla sebab nak pastikan dateline diri sendirilah ontime dan nak kena sync dengan suami, anak2, family and others. apapun, di sini daku nak share pautan video motivasi yang daku tonton.

pautan >> https://youtu.be/9EfIckyOnNA?si=v-MSpKOG73twiZYs

daku akhiri hantaran hari ni dengan ucapan terima kasih ya Allah, terima kasih semua. daku jemput akan dikau semua sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah. 

Saturday, February 1, 2025

035 nilai kemanusiaan

putera william lahir pada tahun 1982 manakala putera harry pula lahir pada tahun 1984. daku lahir pada tahun 1983. lebih kurang dengan daku umur depe. Imam Mahdi, daku tak pasti dah lahir ke belum. dah kau kenapa hidayah menyatakan tentang putera diraja british pulak. kau tahu kan british tu penjajah tanah melayu. wo wo wo. sat sat. daku tak mention ni dari sudut yang berkenaan. selepas daku tergerak nak tonton video daripada channel youtube (The Surprised), kepala otak daku duk proses cerita-nya daripada beberapa aspek khususnya aspek realiti kemanusiaan dan mencetuskan ilham untuk daku menulis hantaran ni.

assalamualaikum. hai. bertemu kembali. alhamdulillah ala kulli hal. pejam celik dah 1 februari 2025 dan dah 1 syaaban 1446 jugak. Allahumma baariklana fi syaaban wa ballighna ramadan. amin ya rabbal alamin. alhamdulillah hari ni officially daku dah resign. pelbagai ilmu dan pengalaman telah didapatkan, keseronokan dan kesedihan, kebijaksanaan dan kebodohan, ketulusan dan keterpaksaan serta banyak lagi perkara adalah rencah dalam kehidupan. menjadi bekalan untuk meneruskan kehidupan serta persiapan untuk kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Menciptakan.

menyentuh pembuka hantaran berkaitan putera diraja british, pada tahun 1981, hampir seluruh dunia mendapat perkhabaran berkenaan perkahwinan diraja putera charles dengan puteri diana. setahun kemudian mok dan ayoh daku berkahwin. jadi ketika berita tersebut menjadi bualan dunia, daku sendiri pun belum lahir. cuma nak mention, putera2 kepada pasangan diraja tersebut, mereka adalah generasi sezaman denganku.

kehidupan mereka berdua telah menjadi sebuah drama yang ditonton oleh warga dunia sehingga hampir tiada privasi langsung. aura negatif (kedukaan dan kelelahan) keluarga diraja berkenaan khususnya puteri diana  terselindung di sebalik semua aktiviti dan senyuman yang diberikan. daku melihat dari sudut pasangan suami isteri dan kekeluargaan.

kesimpulan yang boleh daku rumus ialah hubungan lelaki dan wanita di dunia pastinya akan berdepan dengan pelbagai konflik. sebagai muslim kita ada panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. in sya Allah dengan mengikut panduan dan peraturan tersebut, segalanya pasti baik meskipun sukar atau tidak bertepatan dengan apa yang kita harapkan. jika tidak perkara sebaliknya yang akan terjadi. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. kita merancang. Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik2 Perancang. dan perkara penting ialah, kena pelajari ilmu yang berkaitan agar mudah untuk diterapkan dalam kehidupan berkeluarga mahupun berpasangan yang sah.

dari aspek kekeluargaan pula, sebagai ibu ayah, dalam apa jua situasi yang dihadapi, kenangkanlah keadaan anak2. pastinya anak2 yang lahir dalam keadaan broken family ataupun hubungan yang tidak sah akan mendapat luka batin yang sangat parah. hanya kasih sayang Allah yang dapat menyembuhkan dan menyelamatkan mereka. namun ingatlah, meski anak2 sembuh, kelak nanti kita sebagai parent pasti akan dipertanggungjawabkan juga. so beware. selalulah memohon keampunan Allah dan tundukkan keegoan dengan saling bermaafan antara suami dengan isteri, antara ibu ayah dengan anak2.

dan terakhir, kesenangan dunia tidak menjamin kebahagiaan dalam hidup kita. hakikatnya bahagia lahir dari dalam diri kita yang sedar tentang hakikat ketuhanan yang Maha Pengasih Penyayang Pencinta. DIA adalah Provider terhebat dalam kehidupan manusia. selain tu, kita kena sedar bahawa hidup kita juga bergantung kepada pilihan yang kita buat. maka, buatlah pilihan yang terbaik dengan mendapatkan bimbingan daripada Allah SWT.

daku kongsikan pautan video youtube yang kutonton ðŸ‘‡

pautan >> https://youtu.be/DwhJgOsf02I?si=W16zxp76YGSaqM6N

terima kasih ya Allah. terima kasih kepada semua sharer. sudilah kiranya follow dan comment.

oklah. daku Hidayah Amin. sampai jumpa. in sya Allahlove. sorry n thank youfi hifzillah.